Wednesday, April 23, 2008

DEB DAN HOVERKRAF TERBANG

Sebaik sahaja selesai beberapa kekusutan politik negara berkaitan dengan Pilihan raya ke 12 (PRU12), ada diantara rakyat Malaysia yang berdemonstrasi mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan kononnya menjadi tulang belakang untuk melonjakkan orang Melayu dalam bidang ekonomi. Mereka yang menunjuk perasaan ini beranggapan bahawa dengan jatuhnya Pulau Pinang ke tangan DAP dengan dengan pengisytiharan cara tender terbuka untuk mendapatkan projek kerajaan negeri Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, maka DEB telah dikhianati dan dengan itu orang Melayu juga telah dikhianati.
Sebenarnya apa berlaku ialah DEB dijadikan satu tirai atau smoke screen untuk berselindung bagi mengaut kekayaan negara untuk beberapa individu yang berkait rapat dengan UMNO sahaja. Oleh kerana mereka orang Melayu, maka dikatakanlah bahawa dasar tersebut adalah untuk kepentingan Melayu, dan sekiranya dasar ini dihapuskan, maka kepentingan Melayu juga akan juga terhakis dan dengan itu juga ketuanan Melayu akan terlepas.
Selama ini, apabila mereka menguasai pemerintahan, dasar ini digunakan untuk mengagihkan kekayaan negara kepada beberapa kerat kelompok di kalangan mereka sendiri. Caranya ialah dengan menyediakan projek yang biayanya disediakan oleh negara. Kebanyakan projek ini bersifat construction. Maka projek construction ini akan diagihkan tanpa tender kepada mereka yang menjadi kerabat pada harga yang inflated. Mereka yang mendapat tender ini tidak semestinya mempunyi syarikat construction, apa yang diperlukan ialah samada letter of approval, atau letter of order atau letter of intent sahaja. Dengan surat-surat ini, mereka yang dapat tender ini boleh melantik contractor lain untuk menjalankan projek pada harga lebih rendah, dan mereka akan dapat habuan dari perbezaan harga tender dengan harga sub-contract. Dengan itu mereka menjadi kaya, dan DEB adalah maha penting dalam modus operandi ini.
Yang rugi ialah pertama: negara, kerana perlu mengeluarkan kos projek yang jauh lebih tinggi daripada harga sebenar. Pihak kedua yang rugi ialah orang Melayu sendiri yang tidak terlibat dengan kegelojohan ini. Mereka rugi kerana projek-projek ini tidak menghasilkan spin off effect dan tidak mendatang nilai value added. Sebuah bangunan yang didirikan akan menggunakan wang negara dan kemudian tidak boleh menjana kewangan baru, malah memerlukan suntikan dana pula untuk pelbagai tujuan, contohnya untuk tujuan selenggaraan.
Ini berbeza kalau wang tersebut digunakan untuk membina kilang, atau dilabur dalam bidang research & development. Disini, perbelanjaan awal akan menghasilkan peluang pekerjaan, dan akan menghasilkan pendapatan yang berterusan yang akhirnya boleh membayar semula keseluruhan kos yang telah dilaburkan. Kalau DEB digunakan untuk memajukan bidang ekonomi yang membawa pulang ekonomi, seperti penciptaan dan pembinaan hoverkraf terbang oleh Gig Technology Holdings Sdn Bhd, ini akan membawa masuk pendapatan kepada negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Bayangkan kalau Malaysia mempunyai beribu ribu syarikat yang beroperasi seperti syarikat ini dalam menghasilkan barangan baru yang dipasarkan keseluruh dunia, maka kesan spin off nya akan begitu besar sehingga boleh menjadikan Malaysia gergasi ekonomi dunia.
Tetapi mereka yang heboh dengan DEB ini hanya ingin dapat projek buat parit, potong rumput dan projek yang setaraf dengannya dengan cara makan percentage.