Menteri penerangan yang baru memberi tahu bahawa kos menyiarkan persidangan parlimen secara langsung ialah RM 1 juta sejam. Ini bermakna kos penyiaran tersebut ialah RM 16,666.66 seminit. Nampaknya dari nada pernyataan menteri tersebut, beliau ingin menyatakan betapa mahalnya harga yang perlu dibayar oleh perbendaharaan negara kepada satu aktiviti yang sepatutnya dilihat sebagai penting bagi negara, tetapi nada menteri tersebut membawa kepada suasasan seolah ia adalah satu pembaziran. Mungkin ini adalah kerana kalau sekiranya sungguh ada siaran langsung perbahasan di parlimen nanti, maka mau tidak mau siaran tersebut terpaksa menyiarkan perbahasan yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat, dan dengan ini akan memberikan mereka kepada liputan media, sedangkan amalan Barisan Nasional ialah mendiskriminasi semua pembangkang dalam semua aspek, paling utama ialah pendedahan kepada media utama.
Apa perlu diketahui oleh Barisan Nasional, pemimpin dan penyokong mereka ialah perbahasan di parlimen ada kepentingan negara, dan ia sememangnya patut disiarkan secara langsung oleh peralatan penyiaran negara dan segala perbelanjaannya sememang patut ditanggung oleh perbendaharaan negara. Soal berapa harganya tidak perlu diheboh hebohkan kerana negara sememangnya mampu untuk menyediakan peruntukan.
Ia berbeza dengan perhimpunan agung UMNO. Perhimpunan tersebut adalah perhimpunan sebuah parti politik, dan sekiranya perhimpunan tersebut hendak mendapatkan liputan media yang disiarkan dalam sisitem penyiaran yang dipunyai oleh negara, maka parti tersebut hendaklah membayar harga penyiaran tersebut sekurang kurangnya pada harga seperti yang dinyatakan oleh menteri penerangan tersebut.
Sekiranya katakanlah sejak tahun 1980 perhimpunan agung UMNO telah diberi liputan siaran langsung oleh alat media kepunyaan negara, dan setiap perhimpunan tersebut diberi 4 jam liputan, maka jumlah jam liputan sehingga 2007 ialah 28 tahun dharab 4 bersamaan 112. Pada harga RM 1 juta satu jam, maka UMNO perlu membayar kepada perbendaharaan negara sebanyak RM112 juta untuk harga penyiaran perhimpunan agung mereka.