Salah satu daripada cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah kebersihan kawasan kejiranan. Semasa pentadbiran kerajaan yang lepas, perkara ini walaupun sering dilaungkan, namun ia seolah-olah tidak diperdulikan, atau, kalau ada tindakan sekali pun, tindakan tersebut jelas tidak mencukupi dan kelihatan seperti melepas batuk ditangga.
Oleh kerana kehidupan sekarang lebih berbentuk kepada kehidupan dan suasana kejiranan taman-taman perumahan, maka kawasan-kawasan ini biasanya jatuh kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Segala bentuk senggaraan adalah dalam bidang kuasa mereka. Juga oleh kerana mereka memungut cukai dari rakyat, maka semestinyalah mereka, PBT ini, bertanggung jawab untuk menyenggara prasarana yang diperlukan oleh rakyat.
Kalau saya ambil contoh di Selangor, saya rasa keadaannya hampir sama dengan keadaan di negeri-negeri lain, atau Selangor berada pada keadaan yang lebih baik, kerana ia lelbih maju lagi. Apa yang ingin yang lontarkan di sini ialah keadaan kawasan-kawasan perumahan adalah kotor, tidak terurus dan dibiarkan begitu oleh pihak berkuasa tempatan. Cuba perhatikan gambar di bawah.
Taman-taman perumahan dipenuhi oleh sampah sarap yang tidak terurus, dirimbuni oleh semak samun yang di trim entah bila-bila sekali, dan sisa pepejal yang dibuang merata-rata tempat. Kalau ada diantar kita yang tinggal di kawasan rumah pangsa atau flat, keadaan ini semakin menyakitkan mara lagi. Ini adalah kerana kawasan-kawasan flat merupakan kawasan yang paling sedikit menerima senggaraan oleh pihka berkuasa tempatan. Ada yang berhujah banyak diantara flat ini yang diusahakan oleh perbadanan ekonomi negeri, kalau Selangor oleh PKNS. Jadi bidang kuasa untuk menyenggara diserahkan kepada PKNS, sedang badan tersebut pula ada helahnya yang lain. Yang menjadi mangsa ialah rakyat.
Sebab itulah, antara kawasan-kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan dengan itu merekodkan kes denggi yang tinggi. Saya punya banyak gambar yang boleh dijadikan bukti untuk menunjukkan perkara ini, tetapi dalam post kali ini saya masih belum pandai lagi nak insert gambar. Cuba tapi tak jadi. Dalam post yang lain nanti insyallah kita sambung perbincangannya.
Juga saya dan student saya akan membuat liputan yang meluas mengenai hal ini dan akan membuat sebanyak proposal yang mungkin untuk diberikan kepada YB yang bertanggung jawab. Sekurang-kurangnya di Selangor.