Thursday, July 17, 2008

KARL MARX & THE STATE

Assalamualaikum,

Kalau anda mengaji ilmu politik, anda akan bertemu dengan satu konsep yang dinamakan the state. Mengikut Karl Marx, definisi the state ialah legalized crime. Pada pendapat saya, definisi ini masih lagi benar dan terus benar di kebanyakan tempat di muka bumi ini. Terlalu banyak kes di dunia ini yang mana sesuatu jenayah itu akan dikira sebagai jenayah, sekiranya pelakunya adalah orang yang tidak dilindungi oleh kekebalan the state, tetapi sekiranya pelaku itu dilindungi oleh kekebalan the state, maka si pelaku tadi boleh buat apa sahaja tanpa perlu gusar tindakan undang-undang akan dikenakan kepadanya. Semasa saya kecil dulu, sering orang kampung mengatakan ada crown, untuk menunjukkan pemilik mohor tersebut ada kekebalan dari the state.
Saya teringat cerita seorang kawan yang melawat Indonesia dalam zaman pemerintahan order baru Suharto dulu, beliau terserempak dengan anggota tentera yang makan jualan bakso seorang peniaga, yang mana selepas selesai menjamu selera, terus naik ke trak mereka tanpa membuat apa-apa bayaran. Dan ini merupakan perkara biasa.
Sekarang saya pulangkan kepada imaginasi anda sendiri untuk membuat perbandingan kalau-kalau cerita seperti ini wujud di negara kita. Kalau sekiranya anda mengatakan ada, maka definisi Karl Marx itu masih lagi benar hingga ke hari ini.
Apabila kita melatih instruments of the state, maka amat penting sekali kita latih mereka dengan latihan yang diteraskan kepada asas iman, kalau mereka Islam, supaya semua tindakan mereka sentiasa diimbangi oleh pertimbangan halal dan haram, dosa dan pahala. Kalau mereka bukan Islam, mesti diterapkan mutu profesionalisma yang tinggi dan dihayati, akan mereka menghormati sekurang-kurangnya human rights. Kalau mereka Islam, tetapi tindakan mereka tidak mengambil pertimbangan halal dan haram , dosa dan pahala, dan juga tidak mengindahkan apa yang dikatakan human rights, maka negara itu menuju kehancuran.
Sedihnya negara kita melatih instruments of the state dengan latihan yang diberi oleh pihak yang tidak memperdulikan halal dan haram, dosa dan pahala, dan pentadbir negara tidak menekankan human rights dalam latihan mereka, maka apa yang terjadi ialah perkosaan kepada semua nilai-nilai ini. Mereka beriman dengan ajaran machiavelli: the end justifies the means. Renungkan apa yang saya perturunkan dalam posting bertajuk Ghaibnya Bala. Ia terus berlaku.
Anda tidak dapat merasakannya sehinggalah mata anda sendiri lebam.