Tuesday, July 15, 2008

MENGAPLIKSI BUDAYA TOK LEBAI KEPADA IBRAHIM ALI

Assalamualaikum,

Saya belum pernah jumpa budaya ini dalam mana-mana organisasi, terutamanya parti politik. Ambil contoh Ustaz Hassan Shukri, mantan pesuruhjaya PAS Selangor semasa piliharanraya 1999. Beliau menjadi field marshal bagi seluruh jentera pilihanraya PAS pada ketika itu dan berjuang serta berkorban habis habisan untuk perjuangan tersebut, tetapi tidak untuk diri dia. Dia tidak meletakkan dirinya bertanding di mana-mana kawasan pilihanraya pada ketika itu, sedangkan memang telah menjadi satu kemestian pengerusi jentera pilihanraya bertanding di mana-mana kawasan yang dikehendakinya. Tetapi beliau memilih untuk mendahulukan pejuang lain, dan tidak menonjolkan diri sendiri. Kalau sekiranya menang PAS dalam pilihanraya tersebut di Selangor, tentulah bukan beliau yang menjadi menteri besar Selangor. Ini yang saya namakan budaya tok lebai dalam PAS.
Oleh kerana telah dididik dengan budaya ini, saya sendiri semasa mengemudi jentera pilihanraya PAS di Hulu Langat pada pilihanraya 1999, juga mengutamakan orang lain untuk dijadikan calon pilihanraya, dan bukan diri sendiri, sedangkan dalam politik, adalah biasa kalau pemengang jawatan penting dalam parti diangkat menjadi calon. Lagi sekali budaya tok lebai.
Dalam pilihanraya 2008, PAS sekali lagi telah mengaplikasikan budaya tok lebai ini kepada seorang yang bernama Ibrahim Ali. Orang ini tidak masusk PAS, dan bukan ahli PAS, tetapi diberi peluang menjadi calon dan bertanding atas tiket PAS. Dan menang. Seluruh jentera PAS di Kelantan telah mengaplikasikan budaya ini kepada beliau.
Apabila ia masuk parlimen, orang ini tidak mengiktiraf dirinya sebagai ahli PR, tidak juga pembangkang, cuma ia isytihar diri sendiri sebagai bebas. Dan berlaku beberapa insiden dalam parlimen yang tidak sepatutnya berlaku sekirannya ia benar-benar bebas. Beberapa tahun yang lepas pernah anda terdengar orang menggelarkan Tuan Guru Haji Hadi itu ulamak tahi kucing? Siapakah sipenggelar ini?
Apabila seorang pendikar menolak usul tidak percaya kepada Perdana Menteri oleh YB Dr. Wan Azizah, semua ahli parlimen PR meninggalkan dewan. Ahli parlimen yang kononnya bebas ini tidak berbuat demikian. Dapatkah anda membaca apa yang tersirat dalam sanubari orang ini? Bagi saya mudah sahaj untuk membacanya.
Sekiranya Tengku Razaleigh menang jawatan presiden UMNO, anda boleh teka siapakah yang pertama melompat ke dalam UMNO?