Tuesday, July 8, 2008

LEGA

Assalamualaikum,
Sekiranya satu-satu pendapat itu bebal, walau dari mana pun ia datang, atau dari siapa pun ia datang, kalau ia bebal, ia tetap bebal. Sekiranya idea saya pun pada pandangan anda bertaraf begitu, dan anda ada alasan untuk mengatakannya sedemikian, saya sedia terima.
Dengan itu saya berasa amat lega apabila Tuan Guru Nik Aziz mengatakan dalam kes Anwar dan Saiful ini, proses undang-undang hendaklah berjalan dahulu, atau disempurnakan, sekiranya tiada jalan lain, maka mungkin mengadakan pendekatan bersumpah boleh ditimbangkan. Maknanya pendekatan yang mesti diambil ialah pendekatan undang-undang, dan sekiranya all means are exhausted, maka barulah pendekatan yang heboh dibincangkan sekarang boleh dicongak-congak untuk digunakan.
Saya harap laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata demikian adalah tepat.
Sekiranya anda ingat, atau anda melakukan sedikit research (sebab peristiwa yang saya nak sebut ini berlaku mungkin pada waktu sebahagian daripada pembaca blog ini belum dilahirkan) di penghujung 1960an, berlaku satu isu yang menggawatkan Malaysia. iaitu isu kafir mengkafir antara dua parti politik utama, UMNO dan PAS. Ketua Parti Perikatan yang memerintah pada ketika itu ialah Tunku Abdul Rahman, Ketua Parti PAS pada ketika itu ialah Datuk Mohamad Asri.
Untuk menyelesaikan kegawatan tersebut, pendekatan bersumpah telah digunakan. Maka bersumpahlah Tunku Abdul Rahman dan Datuk Mohamad Asri. Yang saya tahu tempatnya ialah di Masjid Zahir, Kedah.
Selepas peristiwa bersumpah itu, Malaysia telah dilanda satu Malapetaka besar, iaitu rusuhan kaum pada 13 mei 1969.
Akhirnya, Tunku Abdul Rahman telah meninggal, tetapi tidak sebagai ahli UMNO. Datuk Asri pun turut meninggal, tetapi sebagai ahli UMNO.
Ingat mubahalah ni main-main ke?