Thursday, July 10, 2008

MASJID DAN SURAU DI SELANGOR

Assalamualaiku,

Seperti ketagihan candu, UMNO Selangor dengan memperkudakan beberapa individu telah merafak sembah kepada Sultan Selangor mengenai PR mempolitikkan Masjid dan Surau. Dan yang mengepalai usaha ini pun diketahui latar belakangnya yang sedia terpalit.
Bukankah UMNO yang telah menguasai masjid dan surau untuk sekian lama di Selangor sehingga pengaruh politik UMNO telah berakar umbi ?Siapakah yang telah merobohkan masjid dan surau di Selangor kalau tidak UMNO semata-mata supaya pengaruh politik mereka dapat dipaksakan terhadap kariah yang tidak mahu tunduk kepada mereka?
AJK masjid dan surau selama dalam cengkaman UMNO tidak dipilih mengikut proses demokrasi, tetapi dilantik secara kuku besi dan senarai AJK sebelum diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor mestilah terlebih dahulu direstui oleh wakil rakyat UMNO. Kalau tempat berkenaan tiada wakil rakyat UMNO, restu mesti juga didapati dari kuasa UMNO yang berkenaan.
Tak perlu saya sebutkan masjid mana dan surau mana, tetapi inilah mekanisma yang dipakai oleh UMNO. Demokrasi hanya dalam masa pilihan raya umum, tetapi dalam proses pemilihan jawatan lain yang melibatkan orang awan, sistem kuku besi yang digunakan.
Mereka adalah pencuri yang apabila terdesak nenjerit: tolong, saya kena curi