Wednesday, November 26, 2008

KALAU 1ST ECHELON TIDAK BERUSRAH?

Assalamualaikum,


Saya sangat setuju dengan gesaan Utz Idris Ahmad dan Tantawi agar usrah menjadi teras utama pentarbiyahan dalam PAS. Memang itulah kami yang bertaraf gurkha dan tanpa echelon ni lakukan. Usrah.
Saya harap semua orang yang merasakan dirinya orang PAS dan ahli PAS hendaklah mengikuti usrah PAS. Pentingnya usrah ini tak perlulah diterangkan di sini.
Kalau kami yang di mata anak tangga paling bawah ni digesa usrah, kami ingin juga tanya: yang di mata anak tangga paling atas tu usrah ke?
Soalan ni bukan dituju kepada tok tok guru dalam PAS, tapi yang 1st echelon kategori non tok guru.
Mungkin ada usrah. Atau sudah biasa dengan usrah. Cuma usrah yang biasa itu usrah cop baju lama. Usrah PAS tak ada.
Ada yang macam masih belum hazam lagi dengan lengguk PAS.