Friday, November 28, 2008

SAMEON

Assalamualaikum,


SAMEON 1

Saya nak order nasi lemak dalam kuantiti yang banyak. Lebih kurang 150 bungkus. Maka saya order dengan kawan saya yang berniaga nasil lemak. Namanya Sameon. Saya call dia.
Sameon ada?
Dia pergi bilik air sekejap.
Ini siapa?
Ini anak Sameon.
Ok. Nanti sekejap lagi saya call.
OK.
Selepas lebih kurang 5 minit, saya pun call Sameon sekali lagi. Saya call dengan hanya menekan butang redial, sebab tadi saya dah panggil guna nombor yang sama.
Sameon ada?
Ada!
Panggil dia kejap.
Tunggu.
Assalamualaikum, Sameon?
Ye.
Ini Dr. Hamirdin la.
Ye dr. Apa hal?
Nak order nasi lemak 150 bungkus.
Eh! (dia tergagap)
Ini Sameon kan?
Ye!
Hah, saya nak order nasi lemak 150 bungkus!
Dr. nak cakap dengan siapa?
Sameon! ini Sameon kan?
Ye, Tapi saya tak jual nasi lemak!
Ini Sameon mana?
Ini Dr. Saion.
Dr. Saion ayah Asif ke?
Ye.
Sori ye!
Rupanya semasa saya menunggu Sameon keluar bilik air, anak saya Abdurrahman call kawannya Asif dari tingkat atas. Ayah asif ni Dr. Saion.
Bila saya tekan butang redial, dapat nombor Dr. Saion.
Bukan Sameon!
SAMEON 2
Pada malam diisytiharkan PR menang dan memerintah Selangor, kami semua sangat gembira. Saya berazam untuk sembahyang subuh di Surau Jubli Perak Baru.
Dulu Surau Jubli Perak dirobohkan oleh Khir Toyo. Feb. 2003. Sameon pengerusi surau. Kami jemaah surau dan sahabat sahabat lain memerhati sambil memprotes perobohan tersebut. Kami menangis. Saya peluk Sameon, dan Sameon peluk saya dan kami menangis semau maunya. memang biadap dan kurang hajar mereka yang merobohkan surau . Semuga laknat Allah ditimpa ke atas mereka. Untuk membenarkan tindakan mereka, satu surau baru disiapkan secara tergesa gesa untuk menggantikan surau yang diroboh.
Pada pagi kemenangan PR itu, sampai waktu subuh saya pun terus menuju ke surau tersebut. Saya sudah lama tidak berjemaah di situ, sebab hati saya tidak dapat dipujuk untuk solat di situ. Saya berjemaah di pelbagai surau lain.
Gate surau tersebut telah sedia terbuka. Tetapi lampu masih lagi belum dipasang. Saya kata: orang belum sampai lagi. Sebaik saya sampai di gate surau, sebiji motorsikal memasuki perkarangan surau mendahului saya. Saya kata: dia lebih baik daripada aku, sebab itu Allah pilih dia untuk sampai mendahului aku.
Teringin dihati saya nak tahu siapa orang itu. Sebaik parkir, saya tidak keluar dari kereta. Saya tunggu penunggang motorsikal tadi, agar dia keluar dari tempat gelap di mana dia parkir motornya dan pergi membuka suis lampu. Lama saya tunggu sipenunggang tadi tidak keluar keluar dari tempat gelap itu. Saya tunggu lagi. Tetapi dia tetap tidak keluar. Saya kata pada diri, mungkin dia ada hal tertentu, baiklah aku keluar dan on kan lampu surau.
Sebaik sahaja lampu sudah saya pasang, masuklah orang tadi.
Eh, anta ke?
Ye.
Maka saya peluk dia, dan dia peluk saya. Rupanya dia pun menunggu, siapakah orangnya yang akan masuk surau dulu pada pagi itu.
Orang itu ialah Sameon.