Friday, December 26, 2008

SAYA SUKA BERI A

Assalamualaikum,


Saya selalu beritahu student saya, saya suka beri gred A. Kenapa saya suka bagi gred A? sebabnya ialah saya pernah dapat gred F.


Semasa saya buat PhD, saya pernah dapat gred F. Itu membuatkan saya tak lalu tidur dan tak lelap makan. Saya tidak mahu pelajar saya mengalami perasaan yang saya pernah alami itu.


Tetapi bukan percuma sahaja boleh dapat A. Anda sendiri mesti melayakkan diri anda untuk dapat A.


Dalam kelas saya, saya akan naikkan mutu anda sehingga anda atas usaha sendiri, layak dapat A.


Tetapi kalau anda tidak mahu A, saya boleh beri B. Kalau tak mahu B, saya boleh beri C. Kalau tak mahu C saya boleh beri D. Kalau tak mahu D saya boleh beri E. Kalau tak mahu E, saya boleh beri F.


Dalam keadaan yang sangat berat hati, dan sangat tidak mahu dan sangat terpaksa, pernah juga dalam 31 tahun saya mengajar di universiti, saya beri gred F.


Kerana pelajar itu yang terliur hendakkan gred F