Thursday, January 22, 2009

PERIGI HANG TUAH KERING

Assalamualaikum,




Sehingga hari ini Perigi Hang Tuah belum kering lagi. Tetapi dengan pembangunan yang semakin pesat berlaku di puncak Bukit Duyung, berkemungkinan proses proses hidrologi yang beroperasi berasaskan terdapatnya pokok pokok di atas bukit tersebut akan terjejas.


Batuan laterite yang menjadi asas kepada kawasan Duyung banyak membantu mengekalkan air dalam Perigi Hang Tuah. Mungkin sebab sifat batuan tersebut yang boleh menyimpan air akan membenarkan air bergerak melaluinya.

Tetapi sekiranya tumbuhan ditanggalkan dari Bukit Duyung, maka hujan akan banyak menghasilkan surface runoff, dan sedikit infiltration. Ini akan mengurangkan air yang boleh meresap ke dalam bumi.


Oleh kerana pembangunan di sini sudah menjangkau 20 tahun, saya berikan 10 tahun lagi. Selepas itu mungkin Perigi Hang Tuah kering.


Ikan kering tidak berkuah
Dimakan dengan asam pedas
Kalau kering Perigi Hang Tuah
Hasbullah Pit telinga ku pulas