Friday, March 13, 2009

KELANTAN CEMERLANG

Assalamualaikum,

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kartun harian mereka seperti tertera. Menceritakan betapa ta'jub dan terpesona dan ternganga mulut mereka apabila seorang pelajar perempuan dari Kelantan mendapat 20A dalam peperiksaan SPM yang keputusannya dikeluarkan semalam.


Siap dengan tabik, siap dengan salut dan siap dengan ampu ampuan.

Apa yang mereka tidak sebut ialah pelajar cemerlang tersebut berasal dari Kelantan. Menjalani pembelajaran di Kelantan, sebuah negeri yang sekian lama diperintah oleh PAS, dan sebuah negeri yang sekian lama dikutuk, diherdik serta dihamput oleh UMNO dan BN.

Kalau dengan segala kekangan, tiada dana pelaburan yang datang mencurah, tiada lebuhraya pantai timur seolah rakyat Kelantan tidak bayar cukai jalan kenderaan dan tidak bayar income tax, masih lagi negeri tersebut excell, bayangkan sekiranya segala pembulian terhadap Kelantan itu dihentikan.


Kelantan akan menyinar cemerlang, gemilang, terbilang tetapi tidak temberang, dan tidak rampas kuasa cara katak menyeberang.