Monday, March 9, 2009

MENGAPA MUFTI PUN MENGANUT NASIONALISME?

Assalamualaikum,

Tugas para mufti ialah mengeluarkan fatwa bagi menyelamatkan aqidah umat Islam. Aqidah umat Islam ini berteras kepada Tauhid terhadap Allah dan kerusulan Muhammad S.A.W.

Nasionalisme juga adalah satu aqidah, cuma ia ciptaan manusia. Sebab itu ia dipercayai, dianuti, disebar, diperjuang, dan penganut sanggup mati kerananya.

Nasionalisme lahir daripada revolusi Perancis. Berasaskan konsep nation.

Apabila orang Islam telah menerima tauhid, tidak boleh lagi ada dalam dirinya aqidah yang lain. Tauhid membuang semua aqidah lain, dan menggantikannya dengan keesaan Allah.

Tidak boleh wujud dalam diri Muslim itu dua atau lebih pegangan. Hanya tauhid sahaja yang boleh berada dalam diri Muslim.


Bagaimana mungkin dalam diri mufti boleh ada tauhid dan nasionalisme serentak?