Antara erti demokrasi ialah meraikan perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat akan sentiasa wujud kerana lumrah manusia tidak sama. Tidak semestinya pendapat yang tidak selari dengan pemerintah itu sentiasa salah dan pemerintah itu sentiasa betul.
Demostrasi anti PPSMI adalah luahan isihati rakyat yang tidak setuju dengan pemikiran pemerintah. Sepatutnya apabila pemerintah mendabik dada mengatakan mereka megamal demokrasi, maka mereka mesti menerima hak hak dalam demokrasi itu. Salah satu daripada hak tersebut ialah meraikan perbezaan pendapat.
Tetapi apa yang berlaku dengan demokrasi cara Malaysia yang dicengkam oleh UMNO ialah sebarang pendapat yang tidak selari dengan pemdapat dan kehendak mereka tidak boleh diterima. Bukan sahaja tidak boleh diterima, tetapi mesti dilanyak sekeras mungkin, agar jangan lagi ada bibit bibit melawan mereka tertanam dalam diri rakyat. Mereka adalah b oss. Mereka adalah raja. UMNO adalah tuan. Jangan kurang hajar melawan tuan!
Anda perhatikan gambar fru sedang bersedia menembak gas kepada RAKYAT SENDIRI. WARGANEGARA SENDIRI. fru itu tidak akan akan menembak kalau UMNO kata jangan tembak! tetapi kerana UMNO kata TEMBAK! maka mereka pun menembak.
Jadi yang perlu dibisukan ialah UMNO. Mereka berfikiran sempit, jahat dan kriminal. Sehingga sanggup mendera rakyat sendiri.

Alangkah malunya Malaysia di mata dunia, kerana negara ini selalu melaungkan pengamal demokrasi, tetapi dengan jelas. mempermain demokrasi. UMNO yang bertanggung jawab melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri. UMNO yang memalukan Malaysia dengan melakukan coup de tat secara terang terangan. UMNO yang memalukan Malaysia dengan memperkudakan semua institusi dalam negara dan memperhamba semua instrumen negara semata mata untuk membenarkan tindakan kriminal mereka. UMNO terus menggunakan ISA yang merupakan satu instrumen zalim drakonia serta amat memalukan untuk mendera rakyat yang tidak menyokong mereka.
Semuanya kerana UMNO. Kalau gas pemedih mata ditembak ke arah rakyat sendiri, bagaimana mungkin rakyat tidak mengatakan TEMBAK UMNO agar ia jatuh daripada kuasa?