Thursday, March 5, 2009

HANYA YANG HASAD TERLIURKAN DARURAT

Assalamualaikum,


Satu satunya cara yang paling berhemah dan paling mesra rakyat dan paling adil dan paling cocok dan paling mengikut perlembagaan bagi menghentikan kemelut politik di Perak ialah dengan membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula agar rakyat dapat menentukan arah mana yang mereka mahu.


Dalam keadaan sekarang, pelbagai pihak mengeluarkan fatwa masing-masing dengan mempertahankan hujah mereka itulah yang paling betul. Dan pelbagai pihak buat multiple error. Oleh itu semua orang yang waras dan bijak tidak mahu kemelut ini berterusan dan berlarutan.


Cara yang terhormat dan terbaik ialah bubarkan DUN dan adakan pilihan raya semula di Perak.


Walau bagimana pun, telah ada suara suara yang berteriak agar dipaksakan pemerintahan darurat di Perak. Anda tahu, sekiranya pemerintahan darurat diadakan di Perak, perlembagaan Perak akan dirogol, dan kebebasan arakyat Perak akan di cabut serta demokrasi akan dikuburkan.

Selain daripada itu, pemerintahan darurat juga akan diikuti oleh penahanan dan penangkapan mereka yang pada tilik BN membahayakan mereka. Mereka tidak perduli apa dunia kata, yang penting ialah survival poltik mereka dapat diselamatkan.


Ada banyak pihak yang sangat sangat mengharapkan rakyat Perak didengkikan dengan memaksakan ke atas mereka pemerintahan darurat. Mereka ini adalah makhluk jahat, pelesit dan jahanam dan juga seungkapan dengan apa yang dilafazkan oleh Karpal.


Hanya yang hasad sahaja terliurkan darurat.