Tuesday, March 3, 2009

RAKYAT TERSANGATLAH MELUAT PADA BN

Assalamualaikum,


Tersangatlah meluat rakyat terhadap gelagat BN yang memperkosa semua ruang yang ada semata mata untuk mempertahankan kebatilan yang mereka tercebur di dalamnya.

1. Jelas sidang tergempar DUN Perak pada pagi ini akan digagalkan walau dengan apa cara sekali pun.

2. Jelas, cabang eksekutif dalam pemerintahan Perak melanggar pelbagai undang undang, peruntukan perlembagaan dan peraturan yang telah sedia ada dan telah ada precedent penggunaannya.

3. Pelbagai pihak membuat tafsiran sendiri mengenai peruntukan undang-undang yang ada. Dah tidak ada satu pun tafsiran mahkamah yang diguna pakai.

4. Semakin BN mengelak daripada menyerahkan kepada rakyat untuk menyelesaikan masalah ini, maka semakin kusut dan semakin meluat rakyat terhadap BN.

5. BN akan gunakan caranya yang sering digunakan untuk meletakkan kemelut in on hold, tetapi bukan menyelesaikannya, sebab mereka takut untuk menyelesaikannya.

6. Caranya ialah menggunakan ISA terhadap mereka yang dijangka key player dalam kemelut ini.

7. Mengisytiharkan pemerintahan darurat terhadap negeri Perak.

8. Lepas itu mereka akan berkata: I told you so.

9. Lepas itu mereka akan berkata: We won!