Saturday, March 7, 2009

IS SOMETHING BREWING IN PERLIS?

Assalamualaikum,



Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu menafikan dakwaan yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa beliau telah dinasihatkan bercuti enam bulan berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail mengarahkan beliau berbuat demikian adalah tidak benar sama sekali.


Memang betul, katanya, saya kerap keluar negeri mulai 1 Mac atas urusan rasmi termasuklah ke Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Itu sah saya keluar negeri iaitu luar dari negeri Perlis, ujarnya.

Sebelum ini, Md. Isa turut berdepan dengan dakwaan kononnya akan menjadi Menteri Besar Perlis 100 hari sahaja selepas pilihan raya umum ke-12 tahun lepas.