Tuesday, May 5, 2009

BN! HENTIKAN MENDERA RAKYAT

Assalamualaikum,


Peresidangan DUN Perak yang dipanggil secara tidak sah oleh BN pada 7 mei ini adalah satu penderaan kepada rakyat Perak dan Malaysia. Tidakkah mereka sedar bahawa semua jalan yang mereka lalui adalah cul-de-sac, jalan buntu dan jalan mati.


1. Persidangan ini adalah cubaan untuk mengesahkan satu perlakuan jenayah politik

2. Dipanggil dengan cara cara yang salah dari segi undang undang, kerana dibuat tanpa pengetahuan speaker DUN

3. membuat usul yang tidak diberitahu kepada speaker terlebih dahulu

4. susun atur kedudukan ahli ahli DUN tidak diputuskan lagi, kerana terdapat prosiding mahkamah yang belum selesai

5. Persiapan yang ekstra cemas terpaksa diadakan. Seperti anggota polis tambahan, perisik tambahan dan semacam macam tambahan yang lain. Semuanya melibatkan kos daripada tabung negara yang pemimpin BN kata membazir sekiranya ia digunakan bagi tujuan pilihan raya kecil. Kalau sidang DUN helah politik ini tidak pula dilabelkan membazir

6. Keselamatan semua ADUN PR adalah sentiasa berada dalam keadaan suspek. Tambahan pula ada ADUN yang diberitakan telah diserang.

7. Dan dijangkakan, apabila sidang bermula, ia akan gaduh, gaduh, gaduh.

8. BN ni suka bergaduh ke?

9. BN suka langgar undang undang ke?

10. BN suka dera rakyat kan?

Tentu nanti rakyat akan dera belas terhadap BN