Thursday, May 7, 2009

LEBIH BERPEKDAH POLIS ATASI REMPIT & RAGUT

Assalamualaikum,

Masjid Tg. Husin, Manjoi, Ipoh dikawal ketat. Masjid masjid di sekitar Ipoh diarah kunci supaya orang yang nak sembahyang terhalang daripada melakukan ibadat tersebut. Kawasan SUK dijadikan zon perang sekitar 500m perimeter, tangkap sana dan dan tangkap sini.

Begitu banyak perbelanjaan menggunakan wang negara disia siakan semata mata untuk menjaga kepentingan UMNO/BN, bukan menjaga kepentingan rakyat dan negara, bukan menjaga kesejahteraan dan ketenteraman warga malaysia.


Sebab itu rakyat Malaysia terdera. Rakyat Malaysia berada dalam ketakutan. Rakyat Malaysia tidak aman. Mat rempit mengamuk dan membunuh. Peragut meragut dan membunuh, bukan sekali, tetapi berulang. Kerana apa? Pihak yang berwajib diberi tugas lain yang tidak penting kepada keselamatan dan kesejahteraan awam.

Halang orang awam sembahyang.