Hal swine flu mengingatkan saya tentang alam persekolahan menengah awal. Saya sebagai anak orang kampung yang penuh kejongosan, naive dan tidak mengerti banyak perkara; begitu juga kawan kawan sedarjah hampir sama setaraf dengan saya.
Ada seorang guru sukan, non melayu yang mengajar kami mengenai aktiviti sukan. Dia sering melafazkan kata kata you swine kepada kami. Kami pada masa itu baru belajar bahasa Inggeris tidak faham apa yang dia maksudkan. Jadi kami pun buat bodo je.
Kalau ada yang tidak kena dengan apa yang kami buat, dia akan kata you swine. Dan saya perhatikan, hanya kepada pelajar melayu sahaja yang dia sebut sedemikian. Dalam kelas saya itu sekitar 50% budak Melayu kampung, 45% budak India estet dan selebihnya Cina yang tinggal dikalangan orang Melayu di kampung.
Apabila dia selalu mengherdik kami dengan you swine, dan kami buat bodo je, satu hari guru ini bertanya do you know what a swine is? Kami pun seperti biasa aje, buat bodo.
Kemudian guru English kami mengajar bagaimana menggunakan dictionary. Setelah faham bagaimana menggunakan dictionary, saya mencari apakah makna swine.
Saya dapati maknanya ialah pig. Oo, selama ni dia kata kami babi.
Tetapi, seperti biasa, bila guru tersebut kata you swine kepada kami, kami buat bodo je.