Sunday, May 17, 2009

PM RAKYAT DIKEJAR 3 HANTU

Assalamualaikum,


Tidak ada perdana menteri malaysia yang menghadapi paling sukar suasana semasa memegang tampuk pemerintahan selain daripada Najib. Mungkin ini tidak dijangka oleh beliau terlebih dahulu, namun adalah bijak bagi beliau mengi'tiraf keadaan ini sekarang.

Najib yang baru sahaja menobatkan dirinya sebagi perdana menteri rakyat sebenarnya dalam keadaan tersepit yang amat sangat, kerana ia dihambat oleh hantu. Bukan seekor hantu yang menghambat beliau, tetapi 3 ekor.

Hantu pertama. Hantu ini namanya hantu mongolia. Atau hantu genghiz khan. Setakat ini Najib boleh mengelak ngelak lagi, tetapi sekiranya hantu ini pergi buat pengaduan di mahkamah antarabangsa, maka ia akan meletup bertaraf antarabangsa.

Hantu kedua. Hantu ini namanya hantu suasa. Pada mulanya hantu ini bernama hantu perak. Tetapi oleh kerana ika telah menglami susut nilai, ia cuma hantu suasa sahaja. Hantu initelah menyebabkan najib tercebur dalam satu quicksand yang sukar baginya untuk timbul dan keluar daripadanya.

Hantu ketiga. Nama hantu ini ialah hantu beruk. Hantu ini adalah seekor beruk yang bergayut dibelakang najib dan sentiasa mengarah ngarah akan segala sesuatu yang Najib hendak lakukan. Kalau tidak ikut apa kehendak hantu beruk ini, maka Najib akan dikokang belakangnya. Masalahnya hantu ini bertaraf tun.

Macam mana kau nak capai wan malaysia?