Sunday, August 2, 2009

I.S.A. ZALIM : satu reprint

Assalamualaikum,

Saya post kan semula posting yang dibuat pada 27/4/2008, dengan sedikit touch up:


Dalam perang Khandaq, Negara Islam Madina telah digugat oleh gabungan Ahzab yang terdiri dari Quraisy dari Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufian, kumpulan Ghatafan dan Bani Quraizah. Gabungan ini bertujuan untuk menghancurkan orang Islam dan negara Islam Madina.


Bani Quraizah adalah kumpulan orang Yahudi yang menjadi sebahagian daripada kumpulan yang telah menerima piagam Madina yang mana mereka setuju untuk bernaung dalam negara Islam Madina dan menjadikan Rasulullah sebagai ketua mereka. Tetapi dalam perang Khandaq, mereka telah belot dan bergabung pula dengan musuh dengan tujuan untuk menjahanamkan Islam, orang Islam dan negara Islam. Ini jelas menunjukkan mereka adalah bahaya bagi keselamatan negara Islam Madina, dan dengan itu Bani Quraizah ini adalah ancaman yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.


Pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kumpulan yang mengancam keselamatan negara ini bukanlah dengan cara meyumbat mereka ke dalam penjara tanpa bicara seperti yang dilakukan oleh I.S.A.


Setelah Quraisy dan puak Ghatafan diporak perandakan oleh ribut besar yang menyebabkan mereka terus undur daripada menyerang Madina, dan setelah tentera Islam kembali ke Madina, Jibril telah memberi tahu Rasulullah s.a.w. supaya pergi ke kawasan Bani Quraizah untuk menyelesaikan isu ingkar perjanjian yang telah mereka lakukan.

Kawasan dan kubu mereka telah dikepung selama 25 hari, dan akhirnya mereka menyerah diri. Setelah ini, Rasulullah s.a.w. telah mengadili mereka, dengan maksud dinyatakan pertuduhan terhadap mereka, dan disediakan mahkamah bagi mereka supaya mereka dapat diadili.

[berbeza dengan I.S.A. mereka yang kononnyna dituduh mengancam keselamatan negara tidak dikemukakan pertuduhan di mahkamah, malah tidak dibicarakan langsung]


Perhatikan mutu keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kes ini:

Siapakah orang yang kamu ingin dijadikan hakim?

Sabda baginda kepada pemuka bani Quraizah. Menunjukkan di sini bukan sahaja mereka tertuduh diberi peluang untuk dihadapkan ke mahkamah, tetapi diberi peluang pula untuk menentukan hakim pilihan mereka sendiri; sebabnya ialah pertuduhan ini adalah pertuduhan yang berat, yang mengancam keselamatan negara, maka pihak yang dituduh itu hendaklah diberi peluang seluasnya untuk mempertahankan diri di mahkamah.


Pemuka Bani Quraizah mengemukakan nama Sa'ad bin Mu'az , ketua Bani Aus. Sahabat ini adalah bekas sekutu Bani Quraizah semasa jahiliyah. Politik mereka ialah Sa'ad bin Mu'az akan menyebelahi mereka seperti kebiasaannya semasa jahiliyah.


Mengenai Sa'ad bin Mu'az pula dalam perang Khandaq seorang tentera musyrik telah memanah beliau dan mengenai lengannya dan menusuk hingga ke urat halusnya. Bahagian ini adalah amat sukar untuk diubati, dan kalau terkena panah, kemungkinan mati adalah tinggi. Darah Sa'ad mengalir setitis demi setitis menjumpai Allah.


Melihat ini, Rasulullah s.a.w. mendirikan satu kemah dalam masjid dan Sa'ad dibaringkan di dalamnya untuk mendapatkan rawatan. Sa'ad sendiri yang darahnya terus mengalir membasahi kemah menatap ke arah kiblat dan berdoa: Ya Allah, jika Engkau dan Rasul Mu s.a.w. bermaksud untuk meneruskan perang terhadap orang orang Yahudi, maka biarkan aku hidup untuk mengikuti perang itu. Jika tidak matikanlah aku ketika ini juga.


Apabila Bani Quraizah memilih Sa'ad bin Mu'az untuk menjadi hakim, maka Rasulullah s.a.w. mengutus orang untuk menjemput Sa'ad bagi menyelesaikan masalah negara yang sangat penting ini.


Menurut Abdullah Yusuf Ali, penterjemah Al Qur'an ke Bahasa Inggeris dalam komentarnya mengenai ayat 26 Surah Al Ahzab (nota kaki no. 3703), beliau menulis bahawa Sa'ad bin Mua'z menggunakan Undang-Undang Yahudi dari Kitab Taurat, yang mana undang undang ini tidak membawa hukuman seberat yang layak bagi jenayah yang telah dilakukan oleh Bani Quraizah.


Dalam kes seperti ini, undang-undang Yahudi dalam Taurat menyediakan dua pilihan:

1. Dalam Deut xx 10-18: the treatment of a city which is very far off from thee
2. the treatment of a city of those people which the Lord thy God does give thee for an inheritance iaitu cukup hampir untuk merosakkan ugama Yahudi.


Kalau diambil pilihan nombor 2, maka hukumannya ialah penghapusan menyeluruh, seperti dalam Taurat Deut xx 16: thou shall leave alive nothing that breatheth.


Mengikut standard atau piawai Yahudi pada ketika itu, kesalahan Bani Quraizah melayakkan mereka dikenakan hukuman penghapusan menyeluruh, samada lelaki, perempuan atau kanak kanak. Mereka pada ketika kesalahan dilakukan berada di bumi Madina dan telah ingkar perjanjian serta membantu musuh untuk memusnahkan negara Islam Madina.


Sa'ad bin Muaz telah memilih pilihan pertama yang lebih lembut yang termaktub dalam undang undang Yahudi: Taurat; Deut 13-14 : thou shall smite every male thereof with the edge of the sword: but the women and the little ones, and the cattle, and all that is in the city, even all the spoil thereof, shalt thou take unto thyself; and thou shalt eat the spoil of the nine enemies, which the Lord thy God hath given thee.

Sa'ad bin Muaz memutuskan: Aku putuskan bahawa setiap yang ikut dalam perang Khandaq diantara mereka (orang-orang Bani Quraizah), mesti dibunuh sekarang juga, kaum wanita dan kanak-kanak ditawan, dan harta benda mereka dirampas.


Selang beberapa hari selepas itu Sa'ad bin Mu'az kembali ke rahmatullah.

Jadi Sirah Rasulullah dan Al Qur'an sendiri (Al Ahzab:26) telah menetapkan sekiranya ada pertuduhan, samada yang mengancam keselamatan negara atau sebagainya, maka yang tertuduh hendaklah dihadapkan ke muka pengadilan. Sekiranya bersalah, jatuhkan hukuman. Sekiranya tidak bersalah, bebaskan.


Menangkap dan memenjara tanpa perbincaraan seperti dalam I.S.A adalah zalim.

I.S.A. adalah zalim, dan di dunia ini, ada 3 negara sahaja mengamalkan I.S.A. :Malaysia, Singapura dan Israel.

Amerika pun bila nak tangkap orang dan sumbat dalam penjara tanpa bicara melakukannya di luar USA, di Guantanamo.