Selepas daripada ini, satu era dalam PAS, yang saya namakan era TOK LEBAI akan berakahir. Ini adalah satu perkembangan baik dalam kematangan PAS berpolitik. Apakah yang saya maksudkan era tok lebai itu?
Tok lebai adalah orang berpengetahuan dalam seluk beluk Islam diperingkat kampung dan selalu menjadi rujukan dikalangan orang setempat. Tok lebai juga biasanya mempunyai peribadi yang mulia dan berkahlak baik. Secara kampungnya tok lebai biasanya dilabel sebagai baik hati.
Tetapi oleh kerana tok lebai ini baik hati, dan tidak reti untuk menipu, maka ini dilihat sebagai satu ruang oleh pihak yang ingin mengambil untung dengan memananupulasi keadaan dan tidak mendedahkan keseluruhan maklumat. Hanya maklumat yang ingin dikehendaki supaya diketahui oleh tok lebai sahaja diberi tahu, maklumat lain yang bersifat tambahan disorokkan, oleh itu apabila pendapat atau sokongan tok lebai diperlukan, maka dengan memanupulasi situasi, sokongan atau restu daripada tok lebai boleh diperolehi.
Dalam masyarakat memang ada tok lebai, dan memang ada yang jenis memanupulasi keadaan untuk kepentingan sendiri. Jenis suka memanupulasi situasi ini saya namakan musang.
Ibrahim Ali adalah orang yang telah mendapat khidmat dan restu tok lebai di tempatnya. Dengan restu tok lebai tersebut, Ibrahim Ali telah menyambung hayat politiknya apabila beliau diangkat menjadi ahli parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya 2008.
Seekor musang tidak akan berterima kasih kepada tuan ayam apabila telah berjaya menangkap ayam untuk dijadikan habuannya. Yang pasti ialah musang akan datang lagi dan lagi dengan menggunakan seribu helah agar nafsu serakahnya dapat dipenuhi lagi dan lagi.
Biasanya tok lebai akan memberi dan memberi lagi ayam untuk dibaham oleh si musang, kerana tok lebai tebal dengan pegangan kelebaiannya.
Tetapi apabila habis satu reban ayam dibaham oleh si musang, maka tok lebai akan terpinga.
Aku telah kena tipu!
Era tok lebai dalam PAS sudah berakhir.