Thursday, October 8, 2009

KOMPOM: BN KALAH

Assalamualaikum,

Keputusan pilihanraya kecil (prk) Bagan Pinang akan ditentukan oleh jumlah pengundi yang keluar mengundi. Biasanya dalam prk, jumlah pengundi yang keluar adalah jauh lebih kecil jika dibanding dengan pilihanraya umum.

Oleh kerana BN hendak menang, maka hari membuang undi ialah 11 Okt. 2009, iaitu hari Ahad. Hari cuti, dan dengan itu dijangkakan ramai pengundi yang akan keluar mengundi.

Ia berbeza dengan pemilihan hari membuang undi pada beberapa prk yang baru sahaja selesai. Dalam prk prk tersebut, yang diingini ialah PR kalah, oleh itu dipilihlah tarikh membuang undi pada hari bekerja, agar ini dapat menghalang pengundi yang bekerkerja luar kawasan atau tinggal jauh daripada tempat membuang undi menjadi terhalang daripada membuang undi.

Tetapi ia berbeza di Bagan Pinang, kali ini SPR memilih hari Ahad pula sebagai hari membuang undi. Ini menunjukkan ada tangan yang memerintah supaya tarikh berkenaan dipilih.

Walau bagaimana pun, kemenangan masih lagi mengelak BN. Kekalahan sedia membaham BN.


Ada orang yang dah tolong kirakan jumlah undi yang diraih oleh parti yang bertanding.