Sunday, October 4, 2009

MERACUN

Assalamualaikum,

Telah menjadi tabiat sebahagian orang Melayu dulu dulu sejak zaman Hang Tuah atau sebelum itu lagi sehinggalah sekarang menggunakan kaedah yang berpaksi kepada hasad dan dengki untuk menjatuhkan seseorang yang tidak mereka sukai.

Dua buku yang diletakkan dicermin kereta sebagai usaha UMNO memfitnah.Picture by Choo Choy May


Demi kepentingan politik, maka mereka gunakan kaedah yang telah sekian lama digunakan. Menulis surat beracun, fitnah, tuduhan palsu dan pelbagai cara yang keji.

Penyebaran buku yang menghentam Khalid Ibrahim sebaik sahaja penamaan calon di Bagan Pinang adalah jelas menunjukkan betapa terdesaknya orang UMNO di Selangor dan juga di Malaysia.

Rakyat akan terus menolak mereka.