Tuesday, May 25, 2010

PAS MAJUKAN FIQH SIYASI

Assalamualaikum,

Apabila ulama di alam Melayu telah mengeluarkan fatwa bahwa boleh mengeluarkan zakat seperti zakat fitrah menggunakan RM, maka sebenarnya para ulama tersebut telah memajukan satu daripada cabang perundangan Islam supaya sesuai dengan keperluan semasa.

Mereka telah memajukan ilmu Fiqh, yang sememang sifatnya dinamik sepanjang zaman agar umat Islam sentiasa releven dan terkini dalam semua urusan.

Begitu juga dalam politik Islam, apabila PAS ,menubuhkanDHPP Dewan Himpunan Penyokong PAS, itu adalah satu mercu tanda dalam kemajuan ilmu fiqh siyasi, kerana terdapat keperluan ummah yang perlu ditangani secara betul, cermat dan segera.

Tidak timbul soal PAS menjadi liberal, kerana ada orang yang menyifatkannya sebagai PAS cuba memasuki jalan liberal, liberal dalam erti kata yang jijik, iaitu menggadaikan maruah dan prinsip Islam. Apa yang mereka mahu ialah PAS mengikut jalan yang mereka tunjukkan untuk PAS, iaitu PAS mesti ekstrim, tidak bertolak ansur, dan rasis.

Itu yang mereka harapkan berlaku kepada PAS.

Yang berlaku pula luar daripada jangkaan mereka.