Friday, May 28, 2010

ROONEY MASUK UMNO

Assalamualaikum,


Anak saya tanya, world cup ni ayah sokong mana. Saya kata saya tidak sokong mana mana negara, tetapi sebab saya minat Manchester United, saya sokong Rooney. Juga saya sokong Maradona, walau pun dia bukan pemain sekarang ini.

Saya menjangka Rooney akan menyumbat gol dalam world cup ni. Bila masuk gol, maka gemparlah dunia perjudian samada kerana gembira atau duka. Maka, bukan Rooney yang berjudi, tetapi aksi Rooney akan menggamatkan dunia perjudian.

UMNO tidak mahu ketinggalan dalam kegamatan ini, sebab itu judi bola ini mereka sokong, galas dan junjung.

Untuk lebih menguntungkan UMNO lagi, kalau dibuka pertaruhan samada Rooney masuk UMNO ke tidak, tentu ramai orang yang akan bertaruh.