Apabila Anwar Ibrahim disumbat di penjara Sungai Buluh kesannya ialah BN hilang 2/3 majoriti. Itu pun berlaku setelah segala usaha kuku besi dan tipu daya dikerah habis habisan untuk mempertahankan BN. Tapi kenapa BN menang besar sebaik Dollah jadi PM? itu kan ke inertia daripada kekukuan mahathirisme yang menghalang 600,000 pengundi daripada mengundi.
Kalau sekiranya sekali lagi Anwar disumbat ke dalam penjara, boleh dikatakan kompom Putrajaya akan bertukar tangan kepada PR. Ini adalah kerana ada sesuatu yang BN pun tahu yang sedang menunggu tindakan selanjut daripada BN. Sesuatu inilah yang menakutkan BN.
Senjata UMNO yang bersandar kepada segala umpan dan makanan nasionalisme semakin pudar. Mereka menggunakan umpan kemarahan orang ramai, kebencian orang ramai terhadap musuh politik dan yang serupa dengan sifat busuk tersebut untuk menarik sokongan kepada mereka. Tetapi untuk menghidupkan sifat sifat ini, UMNO bermain dengan api yang berbahaya, terutamanya api perkauman yang sekiranya tercetus, salahnya akan disandar kepada UMNO.
Menghentam dan memfitnah dengan pelbagai cara hanya menaikan kemualan generasi pengundi baru kepada mereka. Yang termakan dengan pendekatan ini adalah generasi senior yang semakin pupus, jadi ruang menjala UMNO semakin mengecil.
Dengan wujudnya IPT yang banyak, terutama IPT swasta, ia menjadikan sukar bagi UMNO untuk merekrut penyokong totok. Kalau dulu IPT boleh dikontrol sepenuhnya dari segi mendapatkan rekrut, namun ruang tersebut semakin sukar kerana jaringan yang hendak diumpan sekarang semakin meluas. PLKN juga tidak dapat menggalas tugas ini kerana menghadhirinya tidak diwajibkan kepada semua warganegara yang termasuk dalam kategori sepatutnya diPLKNkan.
Dengan itu, wujud kelas dalam masyarakat yang berjaya membebaskan pemikiran mereka daripada belenggu pemikiran UMNO ini. Dan anggota kelas ini mendiami kawasan kawasan perumahan baru yang semakin membiak di negara ini. Pemikiran mereka yang berada dalam ketegori ini sentiasa diperbaharui dengan maklumat terkini yang semakin cepat sampai berbanding dengan maklumat TV1 dan TV3 dan utusan.
Sebab itu dalam beberapa pilihanraya kecil yang komposisi pengundinya termasuk dalam ruang tanggukan UMNO, maka BN boleh menang. Tetapi sekiranya pengundi berada diluar lingkup tanggukan BN, parti itu kalah. Dan mereka yang berada di luar kawasan tanggukan BN ini semakin melebar dan semakin bertambah.
Itulah sebabnya Ahmad Maslan terpaksa menerkam untuk mengecilkan PKR dengan mengatakan parti tersebut hanya ada 25,000 ahli, bukan 600,000 seperti yang kononya dikatakan oleh Anwar. Dan Mahathir pula turut menyebuk dengan mengatakan orang sudah tidak percaya kepada Anwar lagi. Ini bertujuan untuk membentuk pemikiran pengundi agar hilang kepercayaan kepada parti tersebut serta pemimpinnya.
Tetapi pengundi generasi baru sukar dicetak otak mereka untuk menerima apa yang dimahukan oleh UMNO. Mereka tidak lagi takut untuk membuat perubahan.
Sekiranya Anwar dipenjarakan lagi, maka ledakan yang akan berlaku jauh lebih menghancurkan BN berbanding dengan sesi dipenjarakan yang lepas. Sekiranya Anwar hendak dipenjarakan, ia perlu dilakukan sebelum pilihanraya umum yang semakin dekat ini. Sekiranya Anwar tidak dipenjarakan, maka ia juga akan merungkupkan BN.
Hotak yang merancang Liwat II tahu apa pilihan yang ada dihadapan mereka. Tetapi pilihan tersebut amat menggerunkan.