Friday, November 26, 2010

KHUTBAH PERDANA

Assalamualaikum,

Oleh kerana ramai orang hendak kepada yang perdana, maka tajuk posting kali ini aku namakan khutbah perdana. Walaupun mungkin khutbah perdana ini hanya berlaku setahun sekali di Arafah semasa wukuf.

Semasa mendengar khutbah di pekan tempat aku bertugas sekarang, aku sentiasa rasa terkulat. Aku telah menghadhiri khutbah 4 buah masjid di sekeliling pekan ini, semuanya hampeh. Oleh kerana telah terbiasa dengan khutbah yang merangsang keintelektualan, maka rasa tercari cari khutbah yang sedemikian sentiasa berada dalam fikiran dan antisipasi diri aku. Namun hampeh.

Dengan khatib yang membaca khutbah dan bukan berkhutbah, dengan bacaan yang merangkak rangkak, dengan bacaan Bahasa Malaysia pun tonggang langgang, apatah lagi bahasa Arab, maka itulah sebabnya pada khutbah hari ini, seperti juga jumaat jumaat yang lepas lepas,... aku perhatikan hampir semua orang sangat setuju dengan pak khatib. Mereka mengangguk ngangguk. Angguk dan terus angguk.

Dengan hangat tengah hari dan hangat badan jemaah, serta kipas yang berputar laju, anggukan mereka menerbangkan mereka ke nirwana yang menitiskan liur.