Usrah last night sampai ke surah Al Ahzab, round ke 2, setelah hampir 22 tahun berlangsung usrah ini. Nak khatamkan satu Qur'an makan juga 10-12 tahun. Surah ini ada cerita tentang perang Ahzab atau Khandaq. Aku teringat juga posting yang dulu yang berkaitan dengan hal ini. 
Di sini copy & paste sekali lagi:
Thursday, May 1, 2008
I.S.A. DAN PERANG KHANDAQ
Assalamualailum,Dalam perang Khandaq,  Negara Islam Madina telah digugat oleh gabungan Ahzab yang terdiri dari  Quraisy dari Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufian, kumpulan Ghatafan dan  Bani Quraizah. Gabungan ini bertujuan untuk menghancurkan orang Islam  dan negara Islam Madina.
Bani  Quraizah adalah kumpulan orang Yahudi yang menjadi sebahagian daripada  kumpulan yang telah menerima piagam Madina yang mana mereka setuju untuk  bernaung dalam negara Islam Madina dan menjadikan Rasulullah sebagai  ketua mereka. Tetapi dalam perang Khandaq, mereka telah belot dan  bergabung pula dengan musuh dengan tujuan untuk menjahanamkan Islam,  orang Islam dan negara Islam. Ini jelas menunjukkan mereka adalah bahaya  bagi keselamatan negara Islam Madina, dan dengan itu Bani Quraizah ini  adalah ancaman yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.
Pendekatan  yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kumpulan yang mengancam  keselamatan negara ini bukanlah dengan cara meyumbat mereka ke dalam  penjara tanpa bicara seperti yang dilakukan oleh ISA.
Setelah  Quraisy dan puak Ghatafan diporak perandakan oleh ribut besar yang  menyebabkan mereka terus undur daripada menyerang Madina, dan setelah  tentera Islam kembali ke Madina, Jibril telah memberi tahu Rasulullah  s.a.w. supaya pergi ke kawasan Bani Quraizah untuk menyelesaikan isu  ingkar perjanjian yang telah mereka lakukan. Kawasan dan kubu mereka  telah dikepung selama 25 hari, dan akhirnya mereka menyerah diri.  Setelah ini, Rasulullah s.a.w. telah mengadili mereka, dengan maksud  dinyatakan pertuduhan terhadap mereka, dan disediakan mahkamah bagi  mereka supaya mereka dapat diadili.
Perhatikan mutu keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kes ini: siapakah orang yang kamu ingin dijadikan hakim?  sabda baginda kepada pemuka bani Quraizah. Menunjukkan di sini bukan  sahaja mereka yang tertuduh diberi peluang untuk dihadapkan ke mahkamah, tetapi  diberi peluang pula untuk menentukan hakim pilihan mereka sendiri;  sebabnya ialah pertuduhan ini adalah pertuduhan yang berat, yang  mengancam keselamatan negara, maka pihak yang dituduh itu hendaklah  diberi peluang seluasnya untuk mempertahankan diri di mahkamah.
Pemuka Bani Quraizah mengemukakan nama Sa'ad bin Mu'az , ketua Bani Aus. Sahabat  ini adalah bekas sekutu Bani Quraizah semasa jahiliyah. Politik mereka  ialah Sa'ad bin Mu'az akan menyebelahi mereka seperti kebiasaannya  semasa jahiliyah.
Mengenai  Sa'ad bin Mu'az pula dalam perang Khandaq seorang tentera musyrik telah  memanah beliau dan mengenai lengannya dan menusuk hingga ke urat  halusnya. Bahagian ini adalah amat sukar untuk diubati, dan kalau  terkena panah, kemungkinan mati adalah tinggi. Darah Sa'ad mengalir  setitis demi setitis menjumpai Allah.
Melihat  ini, Rasulullah s.a.w. mendirikan satu kemah dalam masjid dan Sa'ad  dibaringkan di dalamnya untuk mendapatkan rawatan. Sa'ad sendiri yang  darahnya terus mengalir membasahi kemah menatap ke arah kiblat dan  berdoa: Ya Allah, jika Engkau dan  Rasul Mu s.a.w. bermaksud untuk meneruskan perang terhadap orang orang  Yahudi, maka biarkan aku hidup untuk mengikuti perang itu. Jika tidak  matikanlah aku ketika ini juga.
Apabila  Bani Quraizah memilih Sa'ad bin Mu'az untuk menjadi hakim, maka  Rasulullah s.a.w. mengutus orang untuk menjemput Sa'ad bagi  menyelesaikan masalah negara yang sangat penting ini.
Menurut  Abdullah Yusuf Ali, penterjemah Al Qur'an ke Bahasa Inggeris dalam  komentarnya mengenai ayat 26 Surah Al Ahzab (nota kaki no. 3703), beliau  menulis bahawa Sa'ad bin Mua'z menggunakan Undang-Undang Yahudi dari  Kitab Taurat, yang mana undang undang ini tidak membawa hukuman seberat  yang layak bagi jenayah yang telah dilakukan oleh Bani Quraizah.
Dalam kes seperti ini, undang-undang Yahudi dalam Taurat menyediakan dua pilihan:
1.  Dalam Deut xx 10-18: the treatment of a city  which is very far off from thee
2.  the treatment of a city of those people which the Lord thy God does give thee for an inheritance iaitu cukup hampir untuk merosakkan ugama Yahudi.
Kalau diambil pilihan nombor 2, maka hukumannya ialah penghapusan menyeluruh, seperti dalam Taurat Deut xx 16: thou shall ave alive nothing that breatheth.
Mengikut  standard atau piawai Yahudi pada ketika itu, kesalahan Bani Quraizah  melayakkan mereka dikenakan hukuman penghapusan menyeluruh, samada  lelaki, perempuan atau kanak kanak. Mereka pada ketika kesahalan  dilakukan berada di bumi Madina dan telah ingkar perjanjian serta  membantu musuh untuk memusnahkan negara Islam Madina.
Sa'ad bin Muaz telah memilih pilihan pertama yang lebih lembut yang termaktub dalam undang undang Yahudi: Taurat; Deut 13-14 : thou  shall smite every male thereof with the edge of the sword: but the  women and the little ones, and the cattle, and all that is in the city,  even all the spoil thereof, shalt thou take unto thyself; and thou shalt  eat the spoil of the nine enemies, which the Lord thy God nath given  thee.
Sa'ad bin Muaz memutuskan: Aku  putuskan bahawa setiap yang ikut dalam perang Khandaq diantara mereka  (orang-orang Bani Quraizah), mesti dibunuh sekarang juga, kaum wanita  dan kanak-kanak ditawan, dan harta benda mereka dirampas.
Selang beberapa hari selepas itu Sa'ad bin Mu'az kembali ke rahmatullah.
Jadi  Sirah Rasulullah dan Al Qur'an sendiri  (Al Ahzab:26) telah menetapkan  sekiranya ada pertuduhan, samada yang mengancam keselamatan negara atau  sebagainya, maka yang tertuduh hendaklah dihadapkan ke muka pengadilan.  Sekiranya bersalah, jatuhkan hukaman. Sekiranya tidak bersalah,  bebaskan.
Menangkap dan memenjara tanpa perbincaraan seperti dalam ISA adalah zalim.
Kaitan  dengan posting/entry yang berkaitan dengan Hidayatus Salikin ialah: Imam Al  Ghazali mengatakan tidak boleh makan harta orang yang jelas zalim.
Jadi  sebelum anda menerima belanja orang, tanya orang itu dia sokong atau  tidak ISA.  Kalau dia sokong, jelas zalim, tak boleh makan harta dia.
Moral of the story: jangan bersekongkol dengan orang zalim
 

