Thursday, April 21, 2011

TOBAT NASUHA CARA BN

Assalamualaikum,

1. Sekiranya seorang itu berdosa, tahukan anda apa caranya untuk menghapuskan dosanya mengikut fiqh bn? Sonang jo, kalau sekiranya kamu ditohmah berzina, seperti dalam video carcosa, cara yang paling nasuha bagi  membersihkan dosa zina ini ialah berhenti daripada politik. Dengan ini segala dosa anda secara nasuhanya telah dibersihkan sebersih bersihnya

2.  Kalau kau mencuri atau songlap duit negara, atau rasuah berbilion ke, mengikut fiqh  ini, dosa anda secara nasuhanya akan terampun kalau anda menang pilihan raya

3.  Kalau anda berlumur dengan liwat, cara menghapus dosa anda ialah dengan melakukan satu jenis sumpah yang dikenali dalam fiqh ini sebagai sumpah laknat. Atau kalau anda jadi transformer bertukar kepada sesumpah lagi lah kaw

4.  Kalau anda menuduh orang zina atau liwat, cara anda menasuhakan dosa anda ialah dengan bersumpah laknat depan kaabah. Fiqh ini amat menganjurkan kaedah ini

5.  Mengikut fiqh ini juga, kalau sekiranya anda menuduh orang zina, mana boleh datangkan 4 orang saksi, mana nak cari... bawa saja jam tangan sebagai bukti. Kalau orang yang dituduh tu berprofil tinggi, fiqh ini menganjurkan bawa jam berjenama tinggi, omega ke misalnya. Kalau  berprofil rendah, bawah jam kokak sebagai saksi. Kat pasar malam ada jual, 10 hinggit satu.

6. Kalau anda kebas harta negara, balak ke misalnya, tobat nasuha bagi anda ialah anda dinaikkan maqam ke maqam kebal undang undang. Maka dosa anda beroseh

7.  Atau kalau anda buat jenayah, bunuh ke, rogol ke hape hape le, pembersih dosanya ialah dimatikan. Bukan anda yang dimatikan, tetapi bukti dimatikan. CCTV dirosakkan. rekod dihapuskan. Suma lenyap. Kira kira clean la.

8. Lepas tu, buat dosa baru. video seks baru. Jangan risau, fiqh ini akan menasuhakan kau.