السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Biasanya pada masa seperti sekarang ini, aku sering saksikan papan tanda yang menunjukkan PAS akan kempang kempung dikerjakan . Tetapi hari ini perkara sedemikian tidak berlaku. Walaupun tarikh pilihanan raya umum sudah sangat hampir. Ini membayangkan sesuatu.
Apa yang sedang berlaku sekarang ialah usaha amenoh untuk menaikkan kebencian rakyat kepada PAS dan juga apa yang mereka labelkan sebagai pembangkang tidak lagi segemuruh seperti sebelumnya. Usaha tersebut sebenarnya tidak lagi diterima oleh rakyat. Antara sebabnya ialah rakyat telah boleh memilih saluran berita yang mereka inginkan dan mereka juga menerima berita pada kelajuan yang tidak tergapai oleh media amenoh.
Bayangkan dalam usaha tumpul amenoh yang mengaitkan 6 ahli PSM yang mulanya dikatakan ingin menggulingkan YDP AGUNG, kemudian berubah kepada cuba menghidupkan fahaman komunisme, kemudian berubah kepada ancaman kepada negara, kesemuanya menunjukkan dengan jelas strategi yang gagal dan gagal.
Cengkaman untuk menggagal Bersih 2.0 menjadi gagal bertimpa. Apa yang tidak dibaca oleh amenoh ialah fallout daripada strategi buli mereka. Polis tergapai untuk menunjukkan mereka memberi layanan yang baik kepada mereka yang berdemonstrasi, sedangkan seluruh dunia telah 2 minggu saksikan police brutality pada tahap puncak. Counter video kononnya untuk menunjukkan mat sabu tidak dilanggar oleh kenderaan polis 2 minggu terlewat tayang, sedang rakyat sudah melihat keadaan yang berlaku berkali kali dan lain daripada apa yang cuba ditonjolkan oleh tv.
Dapatan Suruhanjaya Di Raja mengenai Teoh BH menunjukkan pegawai yang dibekalkan dengan kuasa melanggar undang undang sesuka hati. Rakyat tahu bahawa institusi negara dikuda oleh amenoh, seperti yang ditunjukkan dalam peristiwa mencuri kuasa di Perak. Institusi yang memulakan insiden menyediakan kes mahkamah yang lemah supaya individu yang diperangkap pada peringkat awal dan kemudian berpaling tadah bebas daripada hukuman.
Sementara itu flom terus menimbun harta dan koleksi super mahal yang kononnya hasil daripada usaha menabung sendiri.Sedang peguam kes scorpene diusir, agar semua ditutup dn ditutup.
Kau fikir rakyat percaya ke kes kononya video seks hitam putih, atau kau fikir rakyat percaya ke kes sumpah seorang yang tidak berak dua hari setelah mengaku kononnya diliwat ada guna jelly. Dan kau baca laporan tentang trend dan keputusan pilihanraya akan datang sukar diramal kerana pertambahan pengundi yang ramai?
Walau pun zunar dikekang kerana kartun, namun kau menjadikan diri kau semakin kartun sekarang.
Apa yang para kartun perlukan sekarang supaya boleh kembali menjadi orang ialah exit strategy