Wednesday, July 27, 2011

SETINGGI DUA JENGKAL

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Syahadan dalam tahun 1999 ada seorang orang besar menempah sebuah songkok setinggi dua jengkal. Mungkin bertujuan untuk dipakai semasa majlis rasmi, bukan santai.

Orang besar ini menjawat jawatan yang sangat besau, maka berpadan lah kalau songkok baru yang bakal dipakai nanti setinggi dua jengkal.

Tetapi dalam pilihanraya umum, tahun itu negerinya kalah pilihan raya. Dia hilang jawatan besaunya dan kemudian menjadi DUBES.

Ada seorang kemudiannya pergi ke kedai songkok ini, dan ditawar untuk membeli songkok tempahan orang besar tadi yang tidak diambil tempahannya. Orang ini membeli songkok tersebut. 

Orang yang membeli songkok dua jengkal ini memakai songkok ini ke sana ke mari. Kemudian dia dibukakan hatinya untuk menyertai PAS. Maka ada seorang PAS di tempat aku tinggal yang memakai songkok setinggi dua jengkal.

Semalam sahabat ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan diotaknya.

Di saat ini yang aku faham beliau masih lagi di ICU sebuah hospital swasta.

Semuga Allah sentiasa bersamanya dan memberi rahmat kepadanya agar beliau segera sembuh seperti sediakala. Amin!