Monday, July 25, 2011

NGAPA TOILET ADA TAP

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kebanyakan toilet atau tandas atau jamban di Malaysia ni disediakan dengan paip air. Tujuannya ialah supaya pengguna toilet tu nanti dapat melakukan penyucian setelah selesai urusan di toilet tu.

Dalam Islam kita dimestikan beristinja' setelah selesai buang air besar atau kecil. Istinja' tu bersuci lah.

Aku rasa rata rata orang tidak kira apa ugama, akan membersihkan diri setelah selesai membuang air besar, dalam bahasa kasarnya setelah berak. Cuma nasihat aku ialah sekiranya anda menggunakan tap untuk urusan dalam toilet ni, hendaklah air cucuian itu masuk ke dalam mangkuk atau bowl toilet tu, supaya tidak ada sebarang najis bertaburan dan berselekeh di lantai toilet setelah kau gunakan toilet tu. Janganlah kau sengaja membuat kerja kerja membasuh yang mana air basuhan itu direct jatuh di atas lantai. Nanti orang lain yang nak gunakan toilet itu terkena pula air najis habis daripada basuhan penyucian anda.


Toilet yang bersih adalah toilet yang kering, juga toilet kering mengurangkan risiko pengguna tergelincir kerana lantai licin. Itulah sebabnya ada toilet yang tidak dibekalkan dengan paip air, bertujuan untuk menjadikan toilet itu kering. Tetapi side effect nya ialah toilet itu sekiranya tidak diservice akan berbau merahang.

Buang air besar disempurnakan dengan penyucian, tetapi aku perhatikan ramai orang yang buang air kecil tidak beristinja'. Kau boleh saksikan di toilet R&R . Ada pula yang pancutkan ke merata tempat, sehingga habis tempat tempat tu jadi najis.

Aku mengajak semua umat Islam sempurnakan istinja' anda