Thursday, September 29, 2011

AKU SANGAT KHUATIR SEKIRANYA.....3

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Gambar hiasan: Masjid Bir Ali dari jauh

Aku sangat khuatir sekiranya aku berada bersama sama dengan tentera Islam dalam perang hunain. Selepas menang perang Rasullullah membahagi bahagikan ghanimah. Maka baginda memberikan kepada mereka yang baru sahaja masuk islam 9 hari selepas Fathul Makkah.

Aku khuatir kalau kalau aku berkata ini tidak adil ni, abu suffian yang baru masuk Islam dapat begitu banyak unta rampasan perang, si kawan tu dapat ini pula, yang dia tu dapat sekian banyak. Habis aku yang dah lama masuk Islam dan bertungkus lumus memenangkan Islam ni dapat apa?

Ada diantara mereka pada ketika itu mempersoalkan baginda dalam pembahagian ghanimah.

Rasullullah jawab, mereka dapat unta. Kau dapat Rasul Allah. Mana lebih baik antara unta dengan Rasul Allah?

Kalau ada yang mempersoal hudud tu tidak sesuai, belum masa lagi, zalim, ketinggalan zaman, mesti mengikut perubahan semasa, sedang hudud itu dibahagi bahagi oleh Rasullah kepada kita sebagai peninggalan baginda, maka sebenarnya yang sekelumit ini hanya dapat

taik unta