Tuesday, September 27, 2011

ORG KELANTAN MAKAN BESI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kelantan airnya kotor. Airnya merah. Orang kelantan menganggur. Orang Kelantan ramai berhijrah keluar. Tikus di pasar Khadijah sebesar kucing. Orang Kelantan ramai kena aids.

Macam macam tohmah yang dilemparkan kepada kelantan sejak 1990 sehingga hari ini. Hari ni tunjukkan pula karikatur tok guru lepak dengar lagu huu huu dudd dudd. Semuanya ini menghina Kelantan, menghina rakyat Kelantan, menghina Islam sehina hina nya.

Aku beritau pelajar, air di Kelantan merah, sebab negeri Kelantan banyak mineral besi. Sebab itu orang Kelantan kuat belaka. Mereka minum besi dan makan besi. Air sungai langat depan rumah aku tu pun merah juga, tetapi semasa toyol perintah selangor, tak ada pun mereka bising.

Orang melaka ramai yang merantau, tetapi tak ada pula mereka bising. Orang negeri lain dalam malaysia pun kena aids juga. Tetapi mereka tidak bising.

Lee Kuan Yew pernah beri komen johor tu seperti tempat koboi. Kenapa kau tak serang LKY? sedangkan dia dah isyarat nak perang dengan Malaysia kalau isu tanjung pagar tak settle.

Guan Eng refer pada johor, melenting 10 tingkat malaun ni