Monday, September 26, 2011

KETAGIHAN MENDERA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada seorang mantan memanda mengatakan bahawa I.S.A. tidak disalah guna. Wah cantiknya muka kau. Ada seorang mantan profesor yang lantang condong kepada fahaman syiah kena cekup gunakan I.S.A. Aku tidak tahu samada dia menganut fahaman syiah, tetapi dia memang lantang menunjukkan approvalnya kepada hujjah hujjah syiah.

Aku percaya sebab dia kena tangkap I.S.A. adalah kerana pensyarah lain yang tidak senang dengan profesor ini, terutama semasa profesor ini dan pensyarah pensyarah lain yang bersembang kosong di kantin akademik berjam jam kononyna membincangkan hal dunia.

Mereka yang suka menghabis dan membuang masa bersembang kosong di kantin akademik boleh hidup sebagai ahli akademik kerana rata rata mereka jenis tripod. Ketidak senangan mereka terhadap profesor condong syiah ini disalur melalui jalan politik dan I.S.A. telah digunakan.

Semasa profesor ini ditahan I.S.A., dia telah mencabar kesahihan penahanannya di mahkamah menggunakan khidmat Karpal Singh dan menang. Belum sempat keluar mahkamah dia ditahan semula.

Aku kira sekitar 2002 aku bertemu dengan mantan pofesor ini dan pada masa itu beliau telah dibebaskan setelah ditahan selama aku rasa 4 tahun. Dia menceritakan bagaimana seorang tahanan lelaki lain yang diketuk kemaluannya dengan pembaris bahagian tajam semasa sesi soal siasat. Aku tak taulah dia punya alat tu boleh pakai lagi ke tidak, kata mantan profesor bekas tahanan I.S.A. ini.

Memang lah memanda I.S.A. tidak disalah gunakan.

Kerana ia telah teramat sangat disalah gunakan