Subuh tadi aku masuk masjid Tanjong Malim seperti biasa. Sebelum tu aku habiskan mendengar azan subuh di radio ikim yang menperdengarkan azan Syeikh Ali ketua muazzin Masjidil Haram. Aku kira azan sudah dikumandangkan di masjid itu. Masuk sahaja aku lihat saf depan sekali hampir kosong, lalu aku ke situ dan solat sunat dua rakaat. Selesai solat, iqamah tidak dikumandangkan. Aku solat lagi dua rakaat.
Selesai solat, aku menungu iqamah, tetapi tiba tiba bilal yang telah menjadi kawan aku menghampiri aku dan memberi salam. Bilal ini aku pun tidak hafal lagi namanya, tetapi kalau dia jadi bilal waktu zohor, sebelum qamat beliau akan memberi peringatan siapa siapa yang ada henfon sila matikan diulang siapa siapa yang ada henfon sila matikan.
Dalam 2010 semasa beliau sudah hampir ke Makkah mengerjakan haji, aku dan dia berdoa untuk dia. Dia menangis dan aku pun menangis sama sama.
Dia kata pada aku minta jadi imam, aku fahamlah, ini imam bertugas tidak datang ni. Aku jawab boleh la. Maka jadilah hamirdin imam masjid Tanjong Malim. Nasib baik pihak berkuasa agama tidak minta tauliah.
Aku sentiasa memahirkan surah surah yang aku kira aku jadikan spare sekiranya diangkat jadi imam secara mengejut seperti pagi ini. Pagi ini aku bawa surah AsSaf.
Hiasan. Suasa dalam masjid Tg. Malim selepas solat zohor