Friday, September 16, 2011

TEKNIK CANGGIH BELAH RAMBUT DITEMUI DI M'SIA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Prof. Clive Kessler, seorang profesor emeritus di bidang sosiologi dan antropologi daripada univ New South Wales, Sydney, Aultralia membuat ulasan mengenai satu teknik membelah rambut yang sangat canggih yang ditemui oleh seorang profesor di Malaysia.

Sebenarnya clive, bukan oleh seorang profesor, tetapi dua orang profesor, seorang bertaraf emeritus sama seperti awak clive. Teknik canggih ini berpaksi kepada perkataan daulat yang sering menjadi sebutan orang Melayu sekiranya dikaitkan dengan ketuanan, kesultanan dan kerajaan.

Selalu diperkatakan kerajaan berdaulat, atau bila berhadapan dengan paduka sultan, perkataan yang dihamburkan ialah daulat tuanku. Apakah itu daulat? Hal ini sudah dibincangkan sebelum ini di sini. Daulat ialah kuasa pemutus, dan tidak ada kuasa pemutus yang lebih tinggi lagi daripada seseorang atau sebuah negara yang berdaulat. Istilah politik dikenali sebagai sovereign.

Apabila Sultan Abdullah menanda tangani perjanjian Pangkor, baginda telah menyerahkan daulat kepada British. Sebab itu beliau perlu menerima nasihat, tetapi dalam erti sebenar arahan resident, dan bukan sahaja menerima arahan, tetapi bertindak mengikut arahan tersebut. Bila daulat diserah atau bertukar tangan, maka negara, atau pemerintahan tersebut telah dijajah.

Jajah tidak perlu dilakukan berserta takluk. Sebab itu hotak manusia boleh dijajah. Jadi bila daulat diserah dengan menanda tangani perjanjian Pangkor, maka negara telah terjajah. Tetapi tidak ditakluk.

Sebab itu apabila berlaku peristiwa Pasir Salak di mana JWW Birch dibunuh, sultan yang telah dicabut daulatnya ini dibuang negeri ke Seycelles. Mana muka nak letak kalau mengaku negara tidak dijajah tetapi sultan dibuang negeri oleh kuasa asing?

Begitu jugaa kes seorang bekas Sultan Terengganu yang diturunkan takhta oleh British, iaitu Tengku Ali Ibni Almarhum Sulan Sulaiman. mengapa boleh berlaku, sebabnya ialah daulat sultan sudah dicabut, dan negara terjajah.

Tetapi dalam teknik canggih membelah rambut ini yang dihasilkan dengan jerih oleh pendeta malaysia, tercabutnya daulat tidak semesti negara terjajah, sama seperti tercabut uban sahaja.

Teknik canggih membelah rambut ini dikenali dengan pelbagai nama, Kadang kadang ia dikenali sebagai mangkuk ayun hair-splitting technique, atau cap ayam hair-splitting technique, atau hampeh hair-splitting technique, atau haprak hair-splitting technique atau pooraahh hair-splitting technique.