Wednesday, September 14, 2011

VETERAN SITC

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dua orang veteran Sultan Idris Training College, di Tanjong Malim. Di sebelah kiri ialah Hj. Muin bin Hj. Mohd Nor, 85 tahun. Sebelah kanan ialah Hj. Abdullah Bin Nordin 73 tahun.

Hj. Muin graduate daripada SITC tahun 1948, yang mana sepatutnya lebih awal lagi, tetapi disebabkan perang dunia ke 2, pengajian beliau telah tertangguh untuk beberapa tahun. Hj. Muin adalah seorang pelajar cemerlang yang namanya ada terpahat pada plaq di museum UPSI sekarang.

Hj. Abdullah graduate tahun 1958, pernah bekerja sebagai guru, dan menyambung pelajaran ke Universiti Malaya 1970-73, dan selepas itu memegang pelbagai jawatan yang berkaitan dengan pendidikan.

Hj. Abdullah adalah bekas murid kepada Hj. Muin. Setiap tahun Hj. Abdullah akan menghantar kad raya kepada cikgunya Hj. Muin, termasuk hari raya tahun ini. 

Hj. Muin adalah bapa mertua aku.

Gambar dirakamkan semalam semasa Hj. Abdullah berkunjung menziarahi gurunya sempana hari raya di rumah aku.