Semasa berada di dalam Masjidil Haram Ramadhan lepas, dan semasa menunggu solat didirikan, aku memandang mandang kepada marble yang menjadi jubin kepada sebahagian daripada dinding masjid tersebut. Tempatnya ialah laluan sai'e tingkat 2. Marble tersebut adalah jenis berwarna ungu yang cantik.
Adalah biasa marble yang terjadi daripada himpunan mineral akan punyai jalaran mineral bersamanya, dan jalaran ini terjadi memasa waktu pembentukan marble tersebut dimana mineral lain yang panas menyelinap masuk dicelah celah mineral marble tersebut.
Seperti yang telah banyak kali ditemui, jalaran mineral ini mematuhi perintah Allah, dan ia terbentuk mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah. Kesemua jalaran ini menunjukkan ayat ayat Qur'an atau kalimah kalimah yang mengagungkan Allah. Cuma khatnya tidak terbiasa dengan manusia, dan kadang kadang manusia itu jahil dengan apa yang ditunjukkan oleh khat tersebut.
Pada bacaan aku, yang tertulis di sini ialah habibullah.
Pada penilaian aku yang ini mengukir perkataan Allah
Pada penglihatan aku yang ini menunjukkan perkataan Salaamun. Mungkin untuk menunjukkan kata kata yang diucapkan kepada ahli syurga: Salamun 'Alaikum
Pada penilaian aku yang ini memaparkan perkataan Muhammad
Jadi tanda tanda kebesaran Allah, atau ayat ayat Allah , atau Ayatullah, ada di mana mana.
Manusia sahaja yang tidak mengenali, atau tidak ambil pusing mengenainya