Seperti biasa skiranya anda mengerjakan haji atau umrah, maka pihak pakej akan membawa anda ziarah. Sekiranya di Medina, tempat yang biasanya tidak ditinggalkan ialah kebun dan pasar kurma.
Gambar di atas menunjukkan pohon kurma yang sedang berbuah, dan buahnya hampir masak aku kira. Rupa pokok kurma ni tidak banyak bezanya dengan pokok kelapa sawit.
Gambar close up buah kurma yang sedang menguning di sebuah ladang kurma. Terliur juga apabila nampak kurma muda ni. Semasa tiba diladang ini aku sudah terasa tidak begitu mau beli kurma. Sebabnya ialah nak menghayaknya balik ke hotel satu hal, lepas dari Medina perlu dihangkut lagi nanti ke Makkah. Kemudian, aku fikir, bila sampai di rumah nanti, orang tidak berapa makan kurma.
Tetapi aku ikut juga rombongan bus kami masuk ke kedai kurma di kebun kurma ni. Yang mengendalikan jualan kebanyakannya orang indon. Aku tanya ajwa ni berapa sekilo? 80 riyal jawabnya. Mak hoi, aku berkata dalam hati. Haji Ayub jual 40 riyal aje masa aku buat haji 2 tahun lepas, saiz kurma sama je. Tak beli
Walau bagaimana pun bini aku beli juga kurma dan kacang di kedai kebun kurma ni. Lepas itu kami menziarahi beberapa tempat lagi, dan akhirnya berhenti lagi di pasar kurma pula. Masa itu jam mungkin sudah 10:00 pagi lebih. letih berpuasa sudah terasa. Aku malas nak turun, dan bini pun mendengkur dalam bas. Aku cuma perhatikan dari dalam bas dan sempat mengambil gambar masjid yang berhampiran dengan pasar kurma ini.
Untuk berbuka aku beli kurma di gerai di luar Masjid Nabi. Tetapi bila sampai di Makkah, semasa balik dari masjid, ronda ronda di mall jam besar. Nampak kedai canggih dalam mall yang ada air cond jual kurma. This one how much aku tanya penjual tu yang nampaknya tahu inglisia. 120 riyal katanya. Itu lah kurma ajwa yang aku tanya di kebun kurma hari tu. Tetapi yang ini packaging nya cantik, kedai pun ada air cond. Tanpa banyak fikir lagi lagi aku kata I want one.
Ambar yang ini dijadikan habuan berbuka, sebab itu container tu kosong je.
Bila aku lihat kurma ajwa tu, aku berkata kepada diri sendiri: cukup la hai kau ni hamirdin, 80 riyal sekilo tak mau beli, tapi bila package cantik sikit, 120 riyal tanpa soal kau sambar