Sekiranya anda berada di Medina, jangan lupa pergi ke restoren Si Dol. Nama restoren tersebut ialah RESTAURANT SIDOEL ANAK MADINAH.
Aku kira restoren ini tokehnya orang indon. Makanannya sedap dan ada sedikit sedikit selera Malaysia. Semasa membeli makanan untuk berbuka sebaik sahaja selesai solat asar, aku dapati pelanggan begitu berebut rebut untuk membeli, dan budaya tidak reti beratur, atau antri, kata orang indon, memang menjadi lazim di sana dan memang menyakitkan hati.
Senpatlah aku beli mee dan ayam panggang yang dilumur lime. Ayam tu memang sedap.
Tapi bakso goyang lidah tu gimana pak?