السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa aku membawa sekumpulan pelajar kajian di Hulu Langat Selangor beberapa tahun yang lepas, jurutera yang memberi taklimat mengajukan satu soalan kepada pelajar:
Sekiranya empang pecah, apa yang kamu harus lakukan?
Ada pelajar yang terpinga, ada yang cuba jawab tetapi jawapan salah dan macam macam lagi.
Akhirnya jurutera tersebut menjawab sendiri soalan yang diberinya tadi. Dia kata:
Kalau empang pecah, kamu lari sekuat kuatnya jauh dari tempat itu.
Itu juga yang aku ingin nasihatkan kepada mereka yang sekarang bergayut pada kuasa.
Baik kau cabut lari.
Empang dah pecah