Tuesday, January 17, 2012

TELAN, KOLESTROL, LUAH X MESRA ALAM

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Bila kau kerja kau nak gaji kan? Yang akan dinaikkan tak berapa lama lagi ialah gaji staf gomen. Bila gaji naik, elaun pun naik juga. Jadi bila kita kerja kita nak gaji. Bukan kita nak elaun. Elaun ialah apa apa bayaran tambahan setelah gaji diberi. Kalau anda bekerja, dan anda hanya diberi elaun sahaja, itu bermakna majikan anda berhutang dengan anda kerana tidak memberi gaji.


Juga biasanya gaji lebih besar amaunnya daripada elaun. Kalau elaun RM 1,000.00 , gajinya mungkin 7,000.00. Dari gaji juga kita perlu uruskan kwsp, socso dan lain lain perkara yang berkaitan dengan penggajian.

Aku telah menguruskan pusat asuhan tunas islam hampir 22 tahun. Dan mungkin juga aku satu satu orang yang mengurus 3 pusat sedemikian serentak di Malaysia ni. Guru guru aku dapat gaji, dapat elaun, dapat bonus, dapat duit raya, dapat elaun mesyuarat, elaun kursus, bayaran medikal, elaun kawin, elaun beranak, elaun pergi haji, elaun pindah premis, boleh claim itu, boleh claim ini.
Masalahnya ialah organisasi pusat asuhan ini tidak mengiktiraf gaji. Mereka hanya gunakan istilah elaun. Jadi sukar aku nak sediakan kwsp untuk pekerja. Sebab tidak ada mekanismanya. Maka untuk beberapa orang guru aku cipta mekanisma sendiri supaya mereka boleh dibayar kwsp.

Berbuih buih selama 20 tahun aku beritahu, bayar gaji pekerja, mereka kata tidak! Kita beri elaun sahaja.

Nak menipu ke?