Monday, May 28, 2012

JOGJA SOLAT SUBUH 2 KALI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ada orang ajar aku kira kira 15 tahun dulu, kalau kau nak duduk dalam Raudhah di Masjid Nabi dengan mudah, kau tunggu masjid buka pintu, lepas tu kau masuklah ke dalam Raudhah. Aku pun buat begitu, jam 2:00 pagi, pintu masjid Nabi dibuka, dan aku berserta mereka yang telah sedia menunggu dapat terus duduk dalam Raudhah.

Kira kira satu jam sebelum masuk waktu solat subuh, azan pertama akan dikumandangkan, dan beza azan pertama dengan azan masuk waktu subuh ialah azan pertama tidak menyebut:

Assolahtu Khairum Minan Naum


Maka aku tau, sekiranya di sebut kalimah di atas dalam azan subuh, maka itu adalah azan masuk waktu subuh.

Semasa tinggal di University Club House di Universiti Gajah Mada, Jogjakarta awal Mei, malam pertama sekitar jam 3:30 pagi aku terdengar azan subuh yang ada menyebut Assolatu Khairum Minan Naum. Aku tau, subuh sudah masuk, kejutkan bini dan anak, dan kami bertiga solat subuh. Lepas solat subuh, oleh kerana  belum 4:00 lagi, kami sambung tidur.

Kira kira 35 minit lepas tu, terdengar sekali lagi azan subuh yang menyebut Assolatu Kahirum Minan Naum. Kami bergegas solat subuh lagi. Rupanya azan pertama tadi bukan azan masusk waktu, cuma azan peringatan.

Aku pun membebelkan si bilal yang azan, dia dengar ke tidak tak penting, aku kata, azan pertama tu kau janganlah sebut Assolatu Kahirum Minan Naum!

Kan dah dua kali aku solat subuh!