السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Menteri sukan telah letak jawatan atas rasa bertanggung jawab memikul amanah yang telah diberikan oleh rakyat dan pengundi kepada beliau dan parti beliau. Oleh kerana maruah itu amat tinggi harganya, dan mesti dijaga dan dipertahan walau apa pun harganya, maka atas sifat rendah hati dan tawadhu' kepada rakyat maka beliau dengan rela hati dan berlapang dada melepaskan jawatan yang sangat berharga dan amat sukar untuk dijawat.
Menteri di negara hipotetikal afrika ini memikul tanggung jawab sepenuhnya apabila acara sukan bermotor dilangsungkan dengan cara yang sangat cincai tanpa sebarang SOP keselamatan yang menyebabkan berlakunya kemalangan sehingga ada penonton dan belia cedera, ada yang cedera parah.
Beliau berkata: inilah standard kami, kami bertanggung jawab sepenuhnya mengenai perkara dalam bidang kuasa kami.
Meletakkan jawatan ini menunjukkan muruah kami yang sangat tinggi dan akhlak kami yang gemerlap