Friday, November 14, 2014

SAWO YANG MATANG

سْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Ia melambai lambai ditiup angin. Kayunya kukuh dan tidak mudah patah. Semasa mudanya ia kelihatan begitu rimbun sekali. Tetapi sekarang sebahagian daripada dahannya kelihatan usang dan  renggis. Dalam bahasa saintifik ia dikenali sebagai Manikara achras (Mill Fosber) tetapi dalam bahasa kampung ia dikenali sebagai ciku. Orang Jawa menamainya sebagai sawo.

Pokok ciku dalam gambar di atas telah sedia ada di hadapan laman rumah ayahku sejak aku belum lahir lagi. Setelah tamat peperiksaan HSC dalam tahun 1972, aku menganggur, sementara menunggu keputusan peperiksaan. Untuk menampung perbelanjaan harian ku, pokok inilah yang membantuku.

Pada ketika itu buahnya yang sudah tua, bermaksud kalau dipetik dan diperam, ia akan masak, laku untuk dijual. Jadi sekira kira dua kali seminggu aku akan panjat dan jolok serta kumpulkan buahnya, dan bawa ke sebuah kedai kopi di tepi sawah di simpang masuk ke Solok Gaong untuk dijual. Sekali jual biasanya aku dapat sekitar RM 1.50 .

Pada ketika itu, hasil jualan ciku itu cukup menampung perbelanjaan harian ku, untuk beli akhbar Straits Times, beli setem untuk urusan memohon tempat ke universiti, dan perbelanjaan lain.

Pokok ini masih lagi berdiri tegap dihadapan rumah kampung ku.







Tuesday, October 7, 2014

KAU LA HERO

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Titik tolak langkah kajang bagi pkr adalah hal fulus. bagi dap kerana bible. Haji Hadi mengambil pendekatan tidak popular kerana Hud 11:113.

Apabila kau meninggalkan Hud 11:113, dan mengkelepet Haji Hadi, maka kau dijulang dan disanjung.

Kau dirai dimakan malam. Kau dimulia.

Kerana kau menyelamatkan agenda bible kami

kau la hero

Friday, October 3, 2014

IT'S RIDICULOUS

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semasa usrah seorang sahabat telah memainkan video mengenai seorang yang ku lihat wajahnya berupa wajah melayu, ku teliti namanya macam nama orang Islam, ke kenang zaman silamnya pernah aku dan dia di sekolah yang sama dan universiti yang sama.

dalam video itu dia kata: saya tolak hudud, it is ridiculous

Aku cadangkan kepada mamat ni, kalau dengar Al Qur'an dibacakan Maidah 38, kau terus beritau: it is ridiculous.

Nanti, bila di alam barzah, bila kau ditanya: ma rabbuka

Kau jawablah: it is ridiculous

Tuesday, September 23, 2014

HADI FORCED ANWAR INTO ERROR

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Diucapkan setinggi tahniah kepada YB Azmin Ali yang dilantik menjadi MB Selangor yang baru.

Semasa mendapat pengesahan mengenai berita perlantikan MB Selangor yang baru, aku membelek belek tulisan dalam dairy aku pada Jumaat 19 September, 2014

Aku nukilkan:

It is a good thing to hear and read that there is a chance of light at the end of the tunnel with regard to political impasse in the state of Selangor. All indications are pointing towards Azmin as the new MB of Selangor. If Azmin is in fact appointed as the new MB, then a good or a large chunk of the problem has been solved: 
(1) PAS is not seen as stabbing its caolition partner in the back
(2) It is PKR that stabbed PAS in the back by carting away with 2 of the PAS ADUN and had them signed the SD in support of Wan Azizah, thus defying the official PAS stand not to support the sacking of the then Menteri Besar Khalid Ibrahim
(3) Hj Hadi in fact forced Anwar into error (a) by defying the Sultan's order to submit more than 2 names for the nomination of the post of MB (b) Anwar made the Sultan murka for the 2nd time when he said the practice of submitting 1 name has been going on since independence (c) if Azmin is in fact appointed as MB then Anwar is again the end loser in this tussle
(4) Another outcome of this impasse was that now it comes to the surface that PAS has been infiltrated by PKR - it was only when we had this political tussel that we come to know who in fact were loyal to PAS, and who in fact were loyal to PKR, even though they hide themselves in the hives of PAS.

Yang aku percaya dan yakin ialah political career of ketum has reached cul-de-sac


Tuesday, August 19, 2014

AKU SEHELAI DAUN

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebenarnya aku tersadong. Bukan sengaja aku nak merungkup jatuh di longkang tu. Cuma dalam perjalanan ke kajang tadi, ada orang yang tidak suka dengan aku telah memasang semacam jerangkap samar, sebab itu lah dari tarikh lee angguk dan undur sehingga kipas dihayun, sempat perangkap itu menjerat aku.

Langkah ini semuanya aku rancang dalam kepala hotak aku. orang lain tak perlu tau, bila dah siap nanti kau ambil je la habuan kau. Yang penting langkah ini dihayun dulu. Cuma yang ketitil nya ialah budak ini tidak diberi sikat, dengan rambut meremang, bungkam tiada dalam kamusnya.

Gelabah juga aku bila haji tu tatang budak tak bersikat ni. Hampir pecah tongkang aku. Aku tau, tiada asas syar'ie haji tu nak bungkamkan budak tak bersikat ni, namun langkah tetap langkah. Hayun tetap hayun.

Nasib baik dalam tongkang haji tu ada musang bulu babi. Yang dapat aku cekup ada dua. Ada lagi dalam tu, tapi dua dah cukup dalam equation ini. Game over untuk budak tak bersikat.

Sekarang kira kira langkah ke kajang ku dah selesai. 

Langkah seterusnya mungkin aku berkira kira ke sungai buluh.

Kau jangan marah aku kerana asyik berjalan sahaja, kerana aku adalah sehelai daun.

Daun ketum.

Wednesday, July 23, 2014

MAKAN RACUN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Umar 'Abdul 'Aziz adalah seorang khalifah Islam yang diakui oleh dunia, dulu, kini , selamanya sebagai seorang pemerintah yang sangat adil dan berjaya membawa kemakmuran kepada negara. Tetapi pada umur 39 tahun, beliau meninggal dunia, mati diracun.

Cerita beliau ini menunjukkan ketemahakan gelojoh manusia untuk mendapat kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja, termasuk yang merobek syariat, agar serakahnya dapat dipenuhi.

Baru sahaja almarhum Azizan Abdul Razak masuk hospital kerana masalah kesihatan, bercakaran lah si lioq meleleh mengharap moga putus lah nafas almarhum, agar aku lah si lioq meleleh dinobat ke tahta.

Rupanya si lioq meleleh bukan sahaja berada di negeri Azizan Abdul Razak, mereka ni berada di mana mana sahaja. Mereka melihat negeri di mana yours truly berada sekarang ini lebih lebih lagi kekarunan ghanimahnya. Maka berkata lah si lioq meleleh, aku lah sepatutnya di tiara kan.

Tok syeikh aku percaya cuba nak defuse kemarakan lelehan lioq yang semakin menjujus jujus. Lalu dicanang projek satay. Tapi satay tak kena sembelih, tok syeikh yang kena sembelih.

Maka, mengesut lah si kusut masai.
Sebab, akan masuk sebentar ini

Si kipas hikmat

Friday, July 18, 2014

TAKZIAH MH 17

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diucapkan takziah kepada Malaysia dan semua yang terlibat dalam insiden MH 17

Wednesday, July 16, 2014

MB BERCAWAT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa remaja, ramai diantara peer ku yang tinggal dan bekerja di kampung, kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk maju lebih jauh dalam mengharungi hidup.

Hidup di kampung seperti yang ramai diantara kita tahu, adalah serba kekurangan dan disalut pula dengan pelbagai hobi dan kesukaan yang tidak membawa faedah, seperti membela pelbagai haiwan untuk suka suka sahaja.

Sahabat ku di kampung sekitar awal 1970an ada membela seekor kera yang dirantainya di hadapan rumahnya. Satu masa aku balik bercuti beberapa hari daripada universiti, dan  bertandang ke rumah sahabat ku ini.

Ku perhatikan kera yang dibelanya tidak ada lagi di tempat tambatannya. Aku bertanya kepadanya, mana kera engkau. Ahh, jawabnya, kera tu kera betina, mak aku (sekarang almarhumah) tak suka sebab dia keluar haid, macam orang juga.

Ooo, tentu kera tu tak layak jadi MB

Tuesday, July 15, 2014

RAJA SINGGAH RUMAH KU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Rumah kau di mana? Tanya tanya si bentara. Ok. Untuk lebih senang, kami datang jemput rombongan raja, kau pula ada di mana?

Surau Assobah. Ok. Tunggu situ kami datang. Rombongan penyambut menyusul.

Bila ketemu, rombongan raja diarak ke rumah kami.

Cuma raja ni tak mandi pagi ke hapa. semacam aje bau dia.

Bila sampai, raja pun bergerak turun.

Cuma dia tidak bersantai di main lounge. Dia bersantai di luar ruang kitchen.

Sebab, oleh kerana dia raja yang bukan sebarang raja,

maka tempat ampuh untuk dia sepadannya di situ

Kerana dia adalah 

Musang King

Saturday, July 12, 2014

NAMA NAMA YG MATI DI GAZA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Nama nama mereka yang mati dibunuh yahudi di Gaza setakat ini

Ashraf al-Qedra, a spokesman for the Gaza health ministry, is providing Al Jazeera with a list the names of those killed since the start of Israel's campaign on Monday, July 7. The list is updated regularly.
1. Mohammed Shaaban (24) killed in Gaza
2. Amjad Shaaban (30) killed in Gaza
3. Khader Al-Bashiliki (45) killed in Gaza
4. Rashad Yassin (27) killed in the Nusseurat refugee camp
5. Mohammed Ayman Ashour (15) killed in Khan Younis
6. Riad Mohammed Kawareh (50) killed in Khan Younis
7. Bakr Mohammed Judeh (22) killed in Khan Younis
8. Ammar Mohammed Judeh (26) killed in Khan Younis
9. Hussein Yousef Kawareh (13) killed in Khan Younis
10. Mohammed Ibrahim kawareh (50) killed in Khan Younis
11. Mohammed Habib (22) killed in Gaza
12. Ahmed Moussa Habibi (16) killed in Gaza
13. Saqr Ayesh Al-Ajuli (22) killed in Jabalia
14. Ahmed Nael Mahdi (16) killed in Gaza
15. Basim Salem Kawareh (10) killed in Khan Younis
16. Hafez Mohammed Hamad (30) (Islamic Jihad commander)
17. Ibrahim Mohammed Hamad (26)
18. Mahdi Mohammed Hamad (46)
19. Fawziya Khalil Hamad (62) (Female)
20. Dunya Mahdi Hamad (16) (Female)
21. Suha Hamad (25) (Female)
22. Suleiman Salman Abu Sowaween (22)
23. Siraj Ayad Abdelal (8)
24. Abdel Hadi Jumaa Al-Sufi (24)
25. Rashid Al-Kafarneh (30)
26. Nayfeh Farajallah (80) (Female)
27. Abdel Nasser Abu Kweik (60)
28. Khaled Abu Kweik (31)
29. Mohammed Arif (13)
30. Mohammed Malake (1 year and a half)
31. Amneh Malake (27) (Female)
32. Hatem Abu Salem (unreported age)
33. Mohammed Khaled Al-Nimre (22)
34. Sahar Hamdan Al-Masri (40) Female)
35. Ibrahim Al-Masri (14)
36. Mohammed Khalaf Al-Nawasra (4)
37. Nidal Khalaf Al-Nawasra (a child of unreported age)
38. Aicha Najm (Female) (unreported age)
39. Salah Awad Al-Nawasra (unreported age)
40. Mahmoud Nahed Al-Nawasra (unreported age)
41. Amal Yousef Abdel Ghafour (Female) (unreported age)
42. Raneem Judeh Abdel Ghafour (Young girl of unreported age)
43. Ibrahim Daoud Al-Balaawi (24)
44. Abdel Rahman Jamal Al-Zamli (22)
45. Ibrahim Ahmed Abdeen (42)
46. Mustafa Abu Murr (20)
47. Khaled Abu Murr (23)
48. Mazen Faraj Al-Jarba (30)
49. Marwan Isleem (27)
50. Hani Saleh Hamad (57)
51. Ibrahim Hamad (20)
52. Salima Hassan Maslam Al-Arja (Female) (60)
53. Mariam Atiah Mohammed Al-Arja (11) (Female)
54. Hamid Shihab (37)
55. Ibrahim Khalil Qanan (24)
56. Mohammed Khalil Qanan (26)
57. Suleiman Al-Astal (55)
58. Hamdi Badie Sawali (33)
59. Mohammed Al-Akkad (24)
60. Ahmed Sawali (28)
61. Raed Shalat (37)
62. Asmaa Mahmoud Al-Hajj (Female) (unreported age)
63. Tarik Saad Al-Hajj (unreported age)
64. Saad Mahmoud Al-Hajj (unreported age)
65. Najlaa Mahmoud Al-Hajj (Female) (unreported age)
66. Fatima Al-Hajj (Female) (unreported age)
67. Omar Al-Hajj (unreported age)
68. Basima Abdel Fattah Al-Hajj (Female) (unreported age)
69. Ahmed Salim Al-Astal (unreported age)
70. Moussa Mohammed Al-Astal (unreported age)
71. Raed Al-Zawarea (33)
72. Mahmoud Lutfi Al-Hajj (58)
73. Bahaa Abu Al-Leil (35)
74. Salem Qandil (27)
75. Amer Al-Fayyoumi (30)
76. Abdallah Ramadan Abu Ghazal (4)
77. Mohammed Ehsan Farwane (18)
78. Islamel Hassan Abu Jamaa (19)
79. Mahmoud Talee Wallud (unreported age) (Islamic Jihad)
80. Hazem Ibrahim Baaloushe (unreported age) (Killed in a civilian car North Gaza)
81. Alaa Abdel Nabi (unreported age) (Killed in a civilian car North Gaza)
82. Raed Mohammed Abu Shalt (37)
83. Hassan Abu Jamaa (19)
84. Yasmin Mohammed Al-Mutwak (4) (Female)
85. Mohammed Mounir Ashour (25)
86. Anas Rizk Abu Al-Qas (33)
87. Wissam Abdel Razek Hassan Ghannam (23)
88. Ghalia Deeb Jaber Ghanem (7) (Female)
89. Mahmoud Razek Hassan Ghannam (23)
90. Kifah Shahadeh Deeb Ghannam (20)
91. Nour Marwan Al-Najdi (10) (Female)
92. Abdellah Abu Mahrouk (Unreported age)
93. Sami Andan Shaldan (25)
94. Mohammed Kamal Al-Kahlout (Unreported age)
95. Ahmed Zaher Hamdan (22)
96. Bassam Abdel Rahman Khattab (6)
97. Jumaa Atiah Shallouf (Unreported age)
98. Noor Rafik Udai Al-Sultan (Unreported age)
99. Shahraman Ismaeil Abu Al-Qas (42) Killed in Al-Breij

100. Mazen Mustafa Aslan (63) 
101. Mohammed Rabih Abu Humeidan (65) 
102. Shahd Al-Qreinawi (7) 
103. Abdel Halim Abdel Moeti (54)  
104. Hussein Al-Mamlouk (47)  
105  Saber Sukkar (80) 

sumber:
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2014/07/gaza-under-seige-naming-dead-2014710105846549528.html

Wednesday, July 9, 2014

TARANNUM FOR EXPORT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Teringat sebuah institusi pengajian tinggi menganugerahkan ijazah kehormat kepada seorang pemain biola ikonik yang sudah almarhum. Keahlian dan kejagohan penggesek biola tersebut tidak dapat disangkal lagi dan aku merasakan wajar almarhum dianugerahkan penghormatan yang sedemikan.

Dalam satu usrah beberapa tahun dulu, pernah kami bincangkan tentang kehebatan qari almarhum Ismail Hashim, yang memenangi pertandingan tilawah Al Qur'an sebanyak 8 kali. Kami bertanya, mengapa institusi pengajian tinggi memandang sepi keahlian beliau dalam bidang tilawah Al Qur'an. Mengapa tiada institusi pengajian tinggi yang mengambil beliau sebagai tenaga pengajar, atau fellow atau karyawan tamu sebagai mengi'tiraf keahlian dan kepakaran beliau dalam bidang berkenaan. 

Sekiranya diambil, tentulah beliau boleh mengembangkan ilmu beliau kepada masyarakat dengan lebih meluas lagi.

Tidak berapa lama selepas perbincangan tersebut, beliau kembali ke rahmatullah.

Sepanjang sejarah tilawah Al Qu'ran, Malaysia telah menjuarai sebanyak 30 kali. Kalau anda dengarkan bacaan qari Malaysia yang menang pada tahun ini, 2014,  Ahmad Tirmizi Bin Haji Ali dan qariah  Hanimzah Binti Jalaluddin, bacaan mereka memang sangat handal.

Mengapa Malaysia tidak mengekspot kepakaran ini ke seluruh dunia? Tubuhkan pusat pusat tarannum seluruh dunia, ajarkan seluruh dunia ilmu tarannum.

Tubuhkan badan mengawal selia tarannum di peringkat dunia. Seperti FIFA yang mengawal permainan bola sepak.

Kalau ini dilakukan, kepakaran membaca Al Qur'an bukan sahaja memberi pahala, melonjakkan imej, malah membawa masuk

fulus





Saturday, July 5, 2014

KOMPOM MB BARU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Kalau macam tu la kau cakap, kompom dapat MB baru

Friday, July 4, 2014

AKU n MENTERI SEPENDAPAT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tidak ada mana mana parti politik yang terlibat dengan isu mencampakkan kepala lembu dengan tujuan menghina atau ugutan. Dicampakkan masa dulu, dicampakkan masa kini, dicampakkan selamanya.

Sama pandangan ku dengan pandangan menteri.

Yang buat kerja tu semestinya gangster haram jadah

Sunday, June 29, 2014

MATA SENGGUT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kami berdua aje. sewaktu dini masih lagi dia mampu menjadikan aku sedar, bangkit dan  join dia. Ku rasa mata ku hanya suku terbuka. tiga suku lagi tertutup. Ajaibnya aku nampak apa yang terhidang.

Aku tinggal hanya berdua dengan dia, meski usia masih belum bersekolah, dia telah mendidik aku untuk bangun dini.

Abe, katanya. Bangun sahur.

Nenek ku telah lama pergi.

Tetapi kenangannya tetap segar. 

Terutama semasa sahur

yang mata ramai orang senggut

Tuesday, June 24, 2014

BOT KURANG HAJAU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Yus, kau nak balik naik apa? tanya ku kepada Yus, si TKI. Feri, katanya. Isteri ku nyampuk, kalau dengan kedutaan, kena naik feri. Ha, kau jangan naik bot kecil tu. Milu aku mikirkan nya. Sambung ku.

Memang, minggu lepas sebuah bot yang dikatakan dalam perjalanan menuju Acheh tenggelam, dan ada beberapa penumpang yang mati.

Tidak pun sampai beberapa hari, sebuah lagi bot yang membawa penumpang yang diberitakan menuju ke negara yang sama tenggelam. Juga diberitakan melibatkan kematian. Hati ku jadi seriau mengenangkan si Yus ni nak balik dengan cara nyeberang laut.

Insiden kedua itu melibatkan sebuah bot yang dinamakan sebagai bot pancung. Kenapa dinamakan bot pancung ya?

Kenapa mereka menamakan bot ini bot pancung? Ooo, mungkin bot ini kurang hajau. Sebab kalau berlaku kurang hajau kepada pihak pihak tertentu, hukumnya ialah

Pancung

Thursday, June 19, 2014

PAKCIK GOOGLE YG NOLONG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Puas aku mencari apakah yang dimaksudkan dengan Levant, apakah dia dan di manakah dia. Semuanya tidak terjawab.

Tapi bila aku tanya pak cik google, dia terangkan dengan panjang lebar.

Wednesday, June 11, 2014

KOPI BERAK

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mula mula aku dengar cerita hal kopi musang, aku pun tak faham apa yang dimaksudkan nya, sehinggalah aku saksikan ceritanya dalam channel History Asia Cities Extreme. Semasa ke Bali aku berpeluang melihat bagaimana kopi berak musang ini dihasilkan.

variety kopi yang digunakan ialah jenis arabica coffee. Kemudian.....
mereka bela musang yang diletakkan dalam sangkar, tentu lah musang itu bukan jenis musang berjanggut, nanti dia kena compete dengan aku pula.......
kemudian musang ni diberi makan buah kopi. Musang ni jenis bengap sikit. Dia balun buah kopi berserta dengan biji sekali. Lepas tu, bila nak berak, biji tu diberakkan bersama dengan tahi nya, kerana biji kopi tidak hancar dalam perut musang tu.




Kemudian berak musang yang mengandungi biji kopi dikumpulkan.


bila berak sudah dibersihkan, tinggallah biji kopi untuk diproses seterusnya.


Si mamat ni pun goreng lah biji kopi secara goreng kering sehingga matang
Jadilah ia biji kopi berak musang yang masyhur. bila telah dikisar, di pack dan dijual, jadilah ia kopi termahal di dunia. ku lihat di lapangan terbang, harganya dalam pack 100 g ialah Rupiah 150,000


Tapi kopi yang aku minum tu, kopi biasak aje.

Tak hingin la aku minum

kopi berak!














Tuesday, June 10, 2014

94 TAKBIR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kata Nawawi dalam tiap tiap sembahyang yang dua rakaat itu sebelas takbir dan iaiitu takbiratul ihram dan lima takbir pada tiap tiap rakaat. Dan pada tiap tiap sembahyang tiga rakaat itu tujuh belas takbirnya dan iaitu takbiratul ihram dan takbir berdiri pada tasyahud awwal dan lima takbir pada tiap tiap rakaat. Dan pada sembahyang empat rakaat itu dua puluh dua takbir. Maka jumlah takbir sehari semalam sembulan puluh empat takbir.

Sumber, Al Marbawi (1933). Bahrul Mazi. Juzu' 2, masalah 321, ms.157

Tuesday, June 3, 2014

BERPUNTAL LIDAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Almarhum guru tajwid ku memberi tahu bahawa syeikhnya melarang pelajar pelajarnya bertutur selain daripada Bahasa Arab, dan syeikh itu juga amat melarang bertutur dalam bahasa Inggeris kerana katanya ini akan mengganggu sebutan Bahasa Al Qur'an.

Semasa bersekolah menengah, pertuturan di sekolah adalah dalam Bahasa Inggeris, sehingga lah sampai ke universiti. Setelah bertugas, di intitusi lama ku, rakan kerja bertutur dalam Bahasa Inggeris, sehinggalah aku pencen.

Di institusi di mana aku bertugas sekarang, pertuturan harian adalah dalam Bahasa Melayu, sedang apabila aku mengajar, bahasa pertuturannya adalah dalam Bahasa Inggeris. Setiap kali sehabis kelas, aku merasakan lidahku semacam berpuntal.

Bila membaca Al Qur'an, memang aku rasakan petuturan dalam Bahasa Inggeris menjejaskan makhraj huruf huruf Al Qur'an, itu lah sebabnya syeikh berkenaan melarang pelajarnya bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sebaik aku selesai membuat pembentangan di satu conference di Bali minggu lepas, aku rasakan lidah ku kembali berpuntal. Terasa lidah tu seperti penat.

Bila dibawa baca Al Qur'an, memang sebutannya lari kadang kala.

Benarlah, bahasa Al Qur'an tidak ngam dengan Bahasa Inggeris.

Monday, June 2, 2014

FUNDAMENTAL TIDAK BERUBAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pilihan raya kecil Teluk Intan. Dyana kalah. Tetapi fundamental tidak berubah. Menangnya BN atas sebab teknikal sahaja. Asas pemikiran pengundi masih sama

Wednesday, May 14, 2014

THE PRICE IS RIGHT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




 Nothing can downslide
our fragile might
When the price is right


Thursday, May 8, 2014

RATAPAN TAK BERSAHUT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sejak jatuhnya khilafah uthmaniyyah di Turki, menjadi amat sukar bagi umat Islam di dunia ini untuk mengembalikan hukum Allah agar berkuasa dan dikuat kuasakan. Bila naik Taliban di Afghanistan, pmerintahan tersebut dipersepsi sebagai menakutkan serta kolot lagi ketinggalan zaman. Dan ia dirobohkan.

Naik Morsi di Mesir. Beliau digulingkan dengan rampasan kuasa yang amat kejam dan penuh dengan penipuan. 

Pejuang gerakan Islam yang berjuang di Syria, pada mulanya menunjukkan tanda tanda mungkin boleh mencapai kemenangan, namun apabila gaabungan Assad, Hizbullah dan Iran mengasak, mereka juga sedang mengalami kekalahan dan mungkin akan dihamput dari bumi Syria.

Mungkin begitu juga nasib hudud di Malaysia?

Friday, May 2, 2014

INGIN DENGAR CERCA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apabila PAS secara ex parte ingin mengemukakan hudud kepada parlimen Malaysia pelbagai cercaan dan hinaan serta makian yang dihamburkan kepada PAS dan kepada hudud itu sendiri. Herdikan, cacian, makian serta hamput yang semborkan kepada PAS dan kepada hudud bukan sahaja datangnya dari non Muslim, tetapi dari mereka yang mengaku Muslim.

Apabila Brunei mengisytiharkan akan melaksanakan hudud, maka gempitalah wakil PBB mencercanya.

Tetapi sekarang Benjamin Netanyahu, perdana menteri Israel sedang dalam rangka untuk menjadikan israel sebuah negara Jewish, bermaksud undang undang yang akan berkuasa dan dikuatkuasakan di negara haram itu berasaskan kepada kitab pegangan mereka.

Aku ingin dengar dunia cerca mereka

Tuesday, April 22, 2014

TAHNIAH, PAS

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hanya yang betul betul kental dan jitu keimanan mereka akan menyokong mengenai memperkenal dan perlaksanaan hudud. Tabik seribu kali tabik kepada Tuanku Sultan Brunei yang secara insaf dan gigih serta sedia menerima apa juga risiko untuk memperkenal dan melaksana hudud di negara Baginda.

Di Malaysia iklim politik sangat jauh berbeza dengan negara  Brunei dan dengan mana mana negara lain di dunia. PAS secara ex parte dijangka membentangkan usul perlaksanaan hudud di Kelantan Jun ini. Siapa yang menyokong, siapa yang pura pura menyokong dan siapa yang menentang sudah ada bayangannya sekarang kalau usul ini di bawa ke parlimen Malaysia.

PR, Pakatan Rakyat, satu gagasan longgar yang mana PAS adalah salah satu ahlinya telah pun menyatakan pendirian mereka mengenai isu ini. Anwar Ibrahim menyatakan hudud hendaklah diberi penerangan secukupnya dahulu, sementara Lim Guan Eng mengatakan memang bukan menjadi persetujuan dalam PR tentang perlaksanaan hudud.

Jadi PAS dalam keadaan terkontang kanteng. Mungkin ada sekoq dua ekoq keris yang sokong sekiranya dibentangkan nanti, itu pun kerana muslihat politik. Yang lain tu telah diketahui pendirian mereka: biaq pii laa...

Benarlah kata kata mu Tuan Guru Haji Hadi, sekiranya ia tidak berlaku dalam zaman mu, ia pasti menjadi realiti di masa akan datang.

Itu lah yang aku nak kata:

Tahniah PAS

Monday, April 21, 2014

CALEOPATRA MENYERANG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Andy, aku punya livistona sudah mati la. 4 tahun sudah bela tau.
Aiyo, itu macam sudda 3 meter tinggi la.
Ya la.
Apa hal dia mati.
Itu mungkin satu beetle sudah serang sama dia.

Itu beetle aa, dia punya nama

Caleopatra


Friday, April 18, 2014

DIA MEMANG HANDAL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bila seorang kawanku bekas seorang profesor kena ISA kononya isu syiah, beliau gunakan khidmat mendiang. Lepas. Begitu punya rumit dan hampir tiada peluang langsung, tetapi mendiang berjaya melepaskannya.

Cuma kalau hati penuh hasad, gelojak nafsu mengatasi segala nya.

Kawan ku bebas untuk beberapa minit sahaja.

Lepas itu ditangkap semula

Thursday, April 17, 2014

TAKZIAH KPD KELUARGA KARPAL



Diucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh atas pemergian beliau.

Monday, April 14, 2014

NASIB BAIK DLM 2014....

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tahun 1998. Anak anak ku masih ramai yang kecil lagi. Aku panggil Aicira: Yunus, kau pasang tangki 900 gallon kat belakang rumah aku ni. Mak tersergamlah tangki tersebut dibelakang rumah aku. Siapa terlarat nak hangkut air dari lori yang parkir di jalan besar seberang rumah aku tu.

2013. Depa bising, nak catu air. Tapi hujan lebat. Trick tak menjadi. Dan pilihanraya pun berlalu.

Januari hingga pertengahan Mac tahun ni hujan tak turun. Selangor dan beberapa negeri lain pun jalankan catuan air. Nasib baik tangki 900 gallon dah ada di belakang tu, dan dua tangki extra telah sedia ada tambahan daripada satu tangki yang memang dah ada.  Boleh la bertahan untuk dua hari.

Tapi mengapa mereka tidak bising tahun ni? tentu kita semua tahu. Pilihanraya telah berlangsung.  Kan ke bagus kalau kau buat pru dalam tahun 2014. Ada catuan air.

Adalah modal kempen

Sunday, April 6, 2014

APA NI TABUNG HAJI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tahun lepas bukan main eksyen lagi. Bonus itu bonus ini, dividen itu dan dividen ini. Maklumlah tahun pilihan raya. Tapi tahun sampai sekarang yang sudah masuk April, habok pun tarak. Agensi lain dah pun isytihar bonus dan dividen.

Kau sonyap yo tabung haji


Wednesday, April 2, 2014

GAJI ZUCKERBERG USD 1.00 SETAHUN, TAPI.....

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Gaji billionaire termuda dunia yang mencipta facebook ialah USD 1.00 SETAHUN. Jadi macam mana dia  boleh jadi billioaire? jawapan di sini

Tuesday, April 1, 2014

MH370: 10 SOALAN YG TAK TERJAWAB

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Analisis antarabangsa menyenaraikan 10 soalan yang masih tidak terjawab berthabit MH 370. Yang minat boleh baca disini.


Tuesday, March 25, 2014

TA'ZIAH KPD FAMILI MH370

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dengan pengumuman terbaru, ta'ziah diucapkan kepada famili dan semua yang terlibat dengan peristiwa MH370

Monday, March 17, 2014

KALAU AZAN?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kira kira 15 tahun lepas, rumah seorang ustaz terbakar semasa satu kumpulan usrah sedang berusrah di tempat kami. Seorang daripada ahli usrah menelefon Ustaz Rashid, minta pandangan. Lantas Ustaz Rashid beritau: Azan!

Seorang anak buah kepada isteri hilang seharian, juga kira kira 15-20 tahun yang lalu. Orang kampung yang mencarinya melaungkan azan, dan akhirnya dia ditemui di pangkal sebatang pokok dalam semak berhampiran rumahnya.

Dalam perang antara para mujahid dengan Basyar Al Assad, aku lihat video seorang mujahidin melaungkan azan semasa pertempuran.

Mengadakah solat hajat dalam isu MH370 ini adalah sangat dianjurkan.

Cuba kita tambah satu lagi usaha dengan ramai ramai melaungkan azan

Thursday, March 13, 2014

STANDARD KAMPONG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala simpati dirafakkan kepada semua mangsa dan keluarga mereka dalam kejadian MH370.

Sambil memandu aku mendengar sidang akhbar mengenai kejadian ini, dan sambil mendengar, aku merasakan kenapa pula yang memberi taklimat tu naik angin. Hari tu cakap pesawat berputar arah ke situ, sebab itu pencarian diperluas hingga ke laut ini, hari ini kau cakap macam ini pula.

Seluruh donia melihat, memerhati dan mendengar sekejap dolak, sekejap dalik.

Memang itukah standard mereka.

Bukan glokal.

Bukan Global.

tapi standard kampong yang ungkal

Sunday, March 9, 2014

BERSABAR LAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Bersabarlah, ditujukan kepada keluarga kepada semua penumpang penerbangan MH 370. Juga bersabar lah kepada Dato' Sri Anwar Ibrahim dan keluarga beliau.

Monday, February 24, 2014

SEKALI TAMPAR HADIAH RM 10 RIBU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ada kumpulan yang menunggang atas nama Islam menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menampar satu amoi yang kononnya menghina Islam, sekali tampar dapat sekian banyak RM.

Tetapi bila ada mamat yang terang terangan menolak hadis, memperlekeh Nabi Muhammad s.a.w., tidak pula kedengaran kumpulan ini menawarkan hadiah untuk menampar mamat ini. Walau pun jelas mamat ini telah berkali kali menghina Islam. Kenapa?

Adakah kerana mamat ini sama parti politik dengan engkau? Atau dia direstu dan dibelai oleh bekas tok ketua kau? 

Mana laungan kau yang menawarkan

Sekali tampar 1000 RM, 
atau kalau mau lebih hebat
Sekali tampar 10 ribu RM?


Wednesday, February 19, 2014

SEHARI KHATAM QUR'AN 2 KALI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Antara mu'jizat Nabi Muhammad S.A.W. ialah baginda dijalankan dari Masjidil Haram Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, kemudian dimi'rajkan ke langit, dan turun kembali ke bumi sampai ke Makkah. Semuanya itu berlaku antara lepas waktu isya' hingga ke waktu subuh.

Tentulah di sini perspektif masa telah diubah oleh Allah dengan kuasa dan izinNya hanya untuk hambanya yang terpilih.

Apabila aku tulis tentang reservation aku terhadap cerita yang mengatakan ada imam yang bersembahyang sunat 1000 rakaat antara lepas isya' dan subuh, ada hamba Allah yang mempertikaikan tulisan ku, katanya, bagi sesetengah orang, waktu itu diubah perspektifnya kalau Allah mengizinkannya. Tak caya telefon nombor ini, tulisnya. Aku tidak ingin mempertikaikan apa apa. Mungkin ada orang yang dianugerahkan sesuatu yang spesial untuknya, seperti seorang imam mazhab yang boleh nampak jenis dosa yang gugur apabila seseorang mengambil air sembahyang.

Baru baru ini aku baca sebuah buku yang memuatkan cerita seorang imam besar yang mujtahid mengkhatamkan Al Qur'an sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan, maknya beliau mengkhatamkan Qur'an 2 kali sehari selama 30 hari bulan Ramadhan. Kalau Allah mengizinkannya tentulah masa yang panjang boleh dicompact kan nya supaya imam ini boleh khatam 2 kali sehari.

Tetapi aku lebih senang dan lebih mudah terima cerita Al Marhum HAMKA dalam kitab tafsirnya, Tafsir Al Azhar yang mengatakan beliau khatam membaca Qur'an lebih 100 kali selama 2 tahun semasa dalam tahanan.

Monday, February 17, 2014

ITU DULU.......

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 | February 15, 2014

Umno dahulu memang amat rasis kerana Melayu ketika itu begitu mundur.



PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail menolak dakwaan bahawa Umno  adalah parti rasis.

Katanya, Umno dahulu memang amat rasis kerana orang Melayu ketika itu begitu mundur dari segi ekonomi dan pendidikan jadi pemimpin terdahulu bermati-matian mempertahankan nasib dan hak bangsa Melayu tetapi ketika ini mengatakan yang Umno rasis adalah tidak masuk akal sekali

“Saya merasa amat terkejut dengan kenyataan Tan Sri Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak yang akan melepaskan jawatan pada hujung bulan ini menyatakan yang parti Umno rasis, ” katanya kepada FMT.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/02/15/umno-bukan-parti-rasis-kata-syed-rosli/

Cuma tagline saja yang dulu, kini, selamanya........

Friday, February 14, 2014

MULUTNYA BERBUIH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mungkin ini adalah tanda tanda awal bungkusnya mereka di Sarawak, dan kalau bungkus di Sarawak, mereka akan juga bungkus di Malaysia. Orang kuat yang saban pru mendepositkan kerusi tetap kepada mereka akhirnya berundur juga. Pastinya prestasi mereka semasa orang ini bersemayam tidak akan sama dengan semayamnya muka lain.

Kekuatan politik mereka akan pudar kerana kekentalan tangan yang memeras kuasa di sana telah tiada. Fixed deposit juga akan susut se susut pengaruh orang yang berundur.

Cuma sebelum berundur orang ini mengatakan puak kamu rasis. Mengapa kamu seperti terjumpa jembalang, menikus seribu kata?

Tidak seperti bila amoi teresa buat sitara

kamu menggelegak sehingga mulut

berbuih?

Wednesday, February 12, 2014

AKU MISS SENYUM MU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Aku miss senyum mu.
Tak dapat menikmati senyum mu abang,
Abang Johari


Monday, February 10, 2014

PESAN TERAKHIRNYA...

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sarawak for Sarawakians.



Thursday, February 6, 2014

TRAFEL YG KENA LOG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته








Kalau tidak di log kan, tak pula yang di luar tu dapat ceritanya



Friday, January 31, 2014

KAJANG KENA LIPAT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Yang terliur nak merintah. Incumbent tak bagi lalu. Big bos singsing seluaq. Itu hal kau.
 Yang orang kajang kau lipat sekali apa hal?

Thursday, January 23, 2014

BBBANGI SAMPAH MELIMPAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Dulu dalam penggal pertama pemerintahan, masalah sampah disalahkan kepada sabotaj daripada pihak lawan. Maka mereka mengusahakan supaya sampah terurus, walaupun tidak sempurna namun rakyat dan penduduk yang membayar cukai sabar dah faham dengan masalah yang mereka hadapi.

Sekarang, masuk penggal kedua pemerintahan, keadaan pengurusan sampah yang masih jauh daripada boleh diharapkan. Ada kawasan flat yang sampahnya tidak berkutip selama 2 minggu, dan timbunan sampah sudah menggunung sampai ke tingkat 2 ditambah dengan bau sampah yang busuk serta ulat menyelinap keluar.

Apabila ditelefon pejabat YB, penolong yang digaji di situ tidak mau angkat atau jawab telefon...ahh, hal sampah la tu...

Kalau kau tak mau jawab telefon, jangan la pegang jawatan tu, beri kepada orang yang sanggup jawab telefon.

Keadaan flat PKNS di sini yang terbiar dan tidak terurus dan semakinlama semakin meneruk.

Ku nyatakan kepada YB, jawabnya....

koho koho la

Monday, January 20, 2014

AKU TAK SETUJU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Aku tidak setuju dengan apa yang dilakuikan oleh YB Macang Bubuk dalam isu kangkung. Kalau amenoh panas hati, aku paham perasaan mereka.


Wednesday, January 15, 2014

TERLINANG BILA KU DENGARI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Ada kerja untuk suruh Wak Robi buat. Bila aku call, ringing tone dia dah tukar. Dulu lagu kalau ku tau, sekarang dah tukar. Tak ku kisah hal itu dan ia berlalu.

Pagi diofis dua tiga hari kemudian mata ku agak berat, dan terpaksa aku melayaninya dengan ambil sedikit nap. Aku dikejutkan oleh radio ikim yang memainkan satu lagu.

Sambil baringku, ku amati liriknya amat menyentuh hatiku, dan lagunya terngiang dibenak. Semasa walimah syarafina, dj memainkan lagu tu; siapa penyanyi tu tanyaku pada md e. Entah siapa ke namanya, tapi hari tu dia ada datang Malaysia, jawab md e.

Ada kerja lagi untuk wak robi. Bila aku call, ringing tone dia lagu inilah.

Semalam aku beritahu fatimah, ayah amat tersentuh dengan lirik lagu ini. Siapa penyanyinya?

Jawab fatimah:

Tegar

Wednesday, January 8, 2014

TERJUMPA OTAK DLM RORO

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Tahun 1990, untuk menyelesaikan logistik fieldwork student, aku dan Luli ke mindef mohon pertolongan. Kerani sedang bertugas menjeling jeling aku, dan tanpa ku sedari membisikkan sesuatu kepada Luli. Kau jaga jaga orang itu, maksudnya suruh Luli berhati hati dengan aku, kerana aku berserban dan berjanggut. Luli beritau don't judge a book by its cover.

Pada masa itu FIS sedang  berjuang melawan penipuan pemerintah di Algeria. Otak kerani tu dicetak oleh media untuk rasa takut, benci dan tidak mempercayai mereka yang mempamir unsur unsur keIslaman. Maksudnya, kalau tidak dilatih untuk berfikiran kritikal, otak ramai orang boleh dibentuk atau dicetak supaya setuju dengan pendapat yang mahu dipromosikan.

Dan perkara ini berlaku terus terusan. Kalau media kata mereka mahu guling kerajaan, maka otak yang mudah dicetak akan setuju, menerima dan mempertahankan pandangan sedemikian, walau apa kedudukan pun yang disandang.

Sebab itu kalau kau jengah dalam tong sampah, misalnya jenis roll on roll off, kemungkinan kau akan jumpa otak di situ


Monday, January 6, 2014

RABI'UL AWWAL DLM KENANGAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته










25 Disember aku dan Kassim pergi ziarah sahabat lama Cikgu Muhammad Jamil di Bukit Rambai. Seperti biasa, ketiga tiga kami yang sudah sampai umur pencen wajib mencerita segala ailment yang masing masing hadapi. Biasa la tu.

Ramadhan lepas, aku minta jasabaik Kassim menunjukkan kubur Almarhum Lajim, satu watak penting dalam autobiografi aku yang sedang dalam penulisan. Rupanya kubur Almarhum Lajim tidak berjauhan dengan kubur Almarhum ayahanda ku.

Almarhum ayahanda meninggal dunia dalam bulan Rabi'ul Awwal. Sekarang kita berada dalam bulan yang sama.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, ayahanda ku berpesan: pakat baik baik.

Adakah sibling aku pekak badak