Sunday, December 7, 2008

BAHAS HAL KETUANAN LAGI

Assalamualaikum,


Perbahasan hal ketuanan ini masih belum selesai lagi. Sekurang kurangnya terdapat tiga bentuk ketuanan yang diketengahkan dan diperbahaskan. Setiap satu ketuanan itu saya sertakan advocatenya. Nama yang saya pilih bagi setiap advocate ini adalah pendapat saya sendiri. Anda boleh tukar kalau anda mahu.
Ketuanan Melayu: Zainal Kling. Definisi: Orang Melayu adalah orang yang pertama sampai di bumi (Malaya?Malaysia?) ini. Oleh itu orang Melayu memegang hak sebagai empunya kepada negara ini.
Ketuanan Rakyat. Hishamudin Rais. Definisi: Meritokrasi adalah asas kepada konsep ini. Siapa yang tertinggi meritokrasinya, dia lah tuan.
Ketuanan Islam. Nasarudin Tantawi. Definisi: Islam menjadi asas kepada pengangkatan sebagai tuan.
Ketuanan Melayu
1. Mengapa baru sekarang hebat dibincangkan hal ketuanan ini? Sebabnya ialah UMNO telah kekurangan kuasa politik kerana telah kalah dengan teruk dalam pilihanraya 2008.
2. Apabila UMNO telah kehilangan sebahagian daripada kuasa ini, maka timbul kerisauan pada mereka di suatu hari nanti, mereka akan kehilangan kuasa itu secara total. Ini adalah satu malapetaka kepada UMNO.
3. Pemikiran dalam UMNO ialah UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Oleh itu kalau UMNO lingkup, maka orang Melayu juga akan turut lingkup.
4. Maka, sesuatu cara mesti dilakukan supaya rot ini, slide ini dibrek dan gelongsornya itu dapat dihentikan.
5. Maka formula mereka ialah tiupkan semangat nasionalisme semula
6. Tetapi semangat nasionalisme yang ingin mereka tiupkan tidak sama dengan nasionalisme yang ditiupkan semasa menuntut kemerdekaan. Semasa menuntut kemerdekaan, semangat nasionalisme pada ketika itu ialah untuk mewujudkan satu nation, yang di dalam nation tersebut terdapat warganegara terdiri daripada berbilang kaum.
7. Semangat nasionalisme yang ditiupkan oleh UMNO sekarang ialah nasionalisme yang berwajah buruk, berperangai buruk dan telah ada rekod buruk. Ini bukan nasionalisme biasa, ia adalah satu jelmaan sifat kekitaan yang sangat agresif. Ia sama setanding dengan zionisme, nazisme, fascisme, apartheid, nasionalisme serb dan yang seganas dengannya.
8. Saya namakan ini satu precipitate yang membahayakan daripada nasionalisme.
9. Oleh itu sebarang pembaharuan yang dilakukan oleh parti lawan menjadi helah kepada puak ketuanan Melayu ini untuk menuduh bahawa mereka si parti lawan ini ,mencabar ketuanan Melayu, mencabar artikel 153 perlembagaan persekutuan, mencabar kontrak sosial.
10. Sedangkan kontrak sosial itu sendiri telah tergumpal dalam artikel 153 dan semua warganegara Malaysia setuju dengan artikel 153
11. Oleh itu apabila nasionalis ultra superlatif tegar dalam UMNO menimbulkan isu ini, ia dengan sendirinya menimbulkan ketegangan kaum. Tetapi media menyalahkan orang bukan Melayu yang menimbulkan ketegangan.
12. Jadi tidak hairan kalau Chua Soi Lek dipanggil oleh pihak polis kerana membuat kenyataan menentang ketuanan Melayu ini. Begitu juga Chew Mei Fun, Koh Tsu Koon , M. Keyveas, walaupun tidak dipanggil polis, tetapi pada mata nasionalis ultra superlatif tegar, orang seperti ini adalah berdosa kerana derhaka kepada Ketuanan Melayu.
13. Sekiranya parti lawan UMNO menolak ketuanan Melayu, maka ia mudah difahami. Tetapi apabila parti parti komponen juga turut mempersoalkan isu ini, maka UMNO rasa terhimpit. Maka lorong yang terpaksa mereka masuki ialah mengheret institusi kesultanan dalam kegawatan ini.
14. Konsep ini menimbulkan kecurigaan kepada non Melayu, kerana mereka terasa kalau orang Melayu tuan, mereka adalah hamba.
15. Ada juga pendapat dangkal yang mengaitkan ketuanan Melayu ini dengan pemilikan harta. Oleh kerana pemilikan harta orang Melayu sedikit dan orang Melayu mungkin boleh merempat di negara sendiri, maka orang Melayu mestilah ditabalkan sebagai tuan. Jangan banyak soal lagi.
16. Tidak semua orang Melayu menerima konsep ketuanan Melayu ini. Sebabnya ialah UMNO bukan MELAYU dan MELAYU bukan UMNO. Pada ramai orang Melayu yang bukan ahli dan penyokong UMNO, parti itu dianggap sangat jijik, terutamanya apabila pemimpin UMNO sendiri mengakui UMNO mengamalkan rasuah.
17. Selain daripada itu, ramai orang Melayu melihat UMNO telah merompak harta Malaysia. Mana dia Bank Bumiputra Malaysia Berhad? Siapa yang rompak bank tersebut sehingga bankrap?
18. Malaysia kaya dengan hasil balak. Banyak kawasan balak sekarang telah gondol. Siapa yang rompak?
19. Negeri Terengganu kaya dengan minyak. Rakyat Terengganu miskin. Siapa yang rompak?
20. Dan banyak lagi.
21. Oleh itu, bukan sahaja non Melayu curiga dengan konsep ketuanan Melayu, tetapi orang Melayu juga curiga. Kerana ia adalah satu smoke screen untuk ketuanan UMNO.
Ketuanan Rakyat
22. Konsep ini berdasarkan semata mata kepada meritokrasi. Siapa yang score markah paling tinggi, dialah yang terbaik, maka dialah yang diangkat.
23.Soal akhlak, berpegang kepada ugama tidak penting di sini. Sebab itulah, telah timbul satu keraguan terhadap pelajar pelajar dari sebuah negara Afrika yang belajar di sebuah IPT di Malaysia.
24. Pelajar pelajar ini mempunyai gred yang baik untuk diterima masuk ke IPT Malaysia tersebut. Tetapi kalau gred mereka baik, kenapa mereka tidak belajar di Oxford atau Cambridge?
25. Bila dicungkil ternyata gred atau sijil mereka adalah tipu. Jadi meritokrasi boleh disolek, sekiranya tidak disertai dengan taqwa.
26. Jadi ketuanan rakyat per se tidak mampu menyelesai masalah. Apatah lagi sosialisme telah runtuh dalam zaman glasnost dan perestroika, janganlah kerana kapitalisme telah runtuh sekarang, maka apa yang dicanang oleh sosialisme itu terbukti betul.
27. Kedua duanya adalah lintah, cuma darah yang dihisap dari bahagian badan yang berlainan
Ketuanan Islam
28. Adalah satu konsep yang mudah ditutur tetapi sangat sukar dilaksana. Sebabnya ialah kerosakan akhlak dan intelektual telah begitu menebal dan membarah sehingga sebarang cubaan untuk mengenengahkan idea ini akan menerima tentangan bukan sahaja daripada non Muslim, tetapi orang Islam juga.
29. Oleh itu, sebarang cadangan itu mengenengahkan konsep ketuanan Islam mestilah terlebih dahulu disertai dengan perkara perkara ini:
30. Kekuasaan politik.
31. Fiqh baru yang menghurai konsep ini secara terkini dengan mengambil kira waqi' dan suasana Malaysia hari ini dan 50 tahun akan datang
31. Retorik. Pemilihan kata kata yang tepat, lembut dan menimbulkan impak penolakan paling minima. Perkataan ketuanan itu sendiri secara semula jadi boleh menimbulkan rasa kurang selesa sebahagian masyarakat Malaysia
32. Accomodation. Sekiranya diambil kira dalam memformulasikan fiqh baru dalam (31), maka pandangan pendapat semua kelompok masyarakat diambil kira, kawan atau pun lawan.
33. Timing. Saya rasa timing untuk ketuanan Islam bukan hari ini.