Semasa Mahathir Muhammad mengatakan bahawa bayaran wang petrolium kepada Terengganu bukan royalti tetapi wang ehsan, seluruh kapal UMNO dan BN mengatakan ia betul dan sungguh, tidak disanggah lagi dan terus dicarikan dalil dan nas bagi membenarkan tindakan Mahathir tersebut.
Walau pun mereka tahu, yang pada ketika itu Mahathir melanggar semua perjanjian dan semua undang undang dan semua etika, tetapi kerana itu nafas UMNO, ia tetap dipertahankan.
Sekarang Najib akan menjadi seorang santa klaus segera untuk menebarkan RM 400 juta kepada Terengganu, dan semua orang UMNO akan mengatakan memang betul, itu adalah wang royalti.
Bila Mahathir memaksakan pindaan perlembagaan yang menyentuh kekebalan institusi raja, semua orang UMNO sokong. Bila isu ketuanan Melayu memakan diri sendiri, maka institusi raja dilihat sebagai penyelamat mereka. Maka diusahakan pula supaya kekebalan itu dikembalikan.
Dan kalau anda hendak kaji satu persatu, terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh UMNO yang sebenarnya merugi, merugi dan merugikan orang Melayu.
Tetapi ada sebilangan kecil orang Melayu yang memang buta dan tuli, sebab itu mereka sokong secara membuta tuli seperti mereka yang memapangkan KEKALKAN ISA di dada mereka.
Ingin diperingatkan kepada orang UMNO, yang salah itu tetap salah, walau bagaimana disolek sekali pun. Mengapa orang yang seperti ini tidak beriman dengan apa yang diajar oleh Muhammad s.a.w.
Kepada kamu beriman dengan machiavelli?